awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badan Bahasa Indonesia pergiat usaha hidupkan semula bahasa Melayu di Kepulauan Riau
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inap desa jadi transit dadah, polis rampas syabu RM13 juta

Pia Ernadya
Pia Ernadya
29/01/2026
10:10 MYT
Inap desa jadi transit dadah, polis rampas syabu RM13 juta
Datuk Fadil Marsus berkata, premis itu digunakan sindiket sebagai lokasi penyimpanan dan transit dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah dan merampas syabu bernilai anggaran RM13 juta selepas menyerbu sebuah inap desa di Segambut, Selasa lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, penahanan empat suspek berusia antara 23 hingga 32 tahun berlaku kira-kira jam 7 malam.
"Bersama dengan serbuan tersebut, turut dirampas sebanyak 250 bungkusan plastik teh cina yang dipercayai mengandungi syabu dengan berat sejumlah 261 kg dan nilai dianggarkan lebih kurang 13 juta.
"Dadah ini, sekiranya terlepas akan memudaratkan lebih kurang 1.3 juta orang," beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu negara pada Khamis.
Dalam pada itu, polis turut merampas dua kenderaan iaitu Toyota Vellfire dan Perodua Alza yang menggunakan nombor pendaftaran palsu, selain sejumlah wang tunai.
Menurut Fadil, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menyewa inap desa pada kadar kira-kira RM200 sehari dengan tempoh minimum empat hari.
Sindiket menggunakan premis itu sebagai lokasi penyimpanan dan transit dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
“Siasatan masih diteruskan. Kita menjangkakan akan ada tangkapan serta rampasan tambahan dalam masa terdekat. Sebarang perkembangan akan dikongsikan segera,” tambahnya.
Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman selama tujuh hari bermula 28 Januari hingga 3 Februari.
Topic Berkaitan
#sindiket pengedaran dadah
#Polis Kuala Lumpur
#Fadil Marsus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan