awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks jenayah daerah Kuching turun 17.91 peratus

Bernama
Bernama
24/08/2013
13:14 MYT
Indeks jenayah daerah Kuching turun 17.91 peratus
Statistik indeks jenayah bagi daerah Kuching menunjukkan penurunan sebanyak 17.91 peratus bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Daerah ACP Roslan Bek Ahmad.
"Kejayaan menurunkan statistik kes jenayah di Kuching adalah hasil komitmen dan kerjasama masyarakat dengan polis. Selain itu, polis sekarang banyak melancarkan operasi dan rondaan, dan kita juga mendapat maklumat melalui 'RakanCop', jadi banyak kes dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program bersama masyarakat di Tabuan Jaya hari ini.
Beliau berkata walaupun kadar jenayah di Kuching rendah, polis akan terus berusaha membanteras aktiviti jenayah.
"Masyarakat perlu terus membantu polis, lapor apa sahaja aktiviti jenayah, jangan leka atau memberi sebarang peluang kepada penjenayah melakukan aktiviti mereka," katanya.
Sementara itu, Roslan Bek berkata Kuching belum mencatat sebarang tangkapan sejak Ops Cantas dilancar kerana jenayah di daerah ini lebih kepada kes kecurian harta benda.
Ops Cantas dilancar 17 Ogos lepas di seluruh negara bagi mengesan bekas banduan di bawah Ordinan Darurat.
Topic Berkaitan
#Indeks Jenayah
#Kuching
#Ops Cantas
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan