MALAYSIA
Indeks jenayah maritim menurun, perairan negara terkawal - Maritim Malaysia
Penurunan insiden di laut adalah pencapaian penting dalam memenuhi KPI Maritim Malaysia. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan kadar insiden jenayah maritim di negara menunjukkan trend penurunan, hasil kerjasama bersepadu bersama Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ringkasan AI
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata perkembangan itu mencerminkan keberkesanan kawalan keselamatan di perairan negara, termasuk mengekang pencerobohan nelayan asing, penyeludupan manusia dan pengedaran dadah.
“Alhamdulillah saya boleh katakan bahawa keselamatan perairan kita sangat aman dan terkawal. Insiden-insiden yang berlaku menunjukkan trend penurunan dari semasa ke semasa, dan ini adalah salah satu (indeks prestasi utama - KPI) yang ditetapkan kepada Maritim Malaysia bagi memastikan indeks jenayah maritim sentiasa terkawal,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada Khamis.
Perarakan itu turut menampilkan aset baharu Maritim Malaysia iaitu bot pemintas berteknologi tinggi yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Mac lalu kepada Maritim Malaysia Pahang.
Katanya pengurniaan bot baharu itu bagi menggerakkan operasi pemantauan kritikal demi menjamin keselamatan perairan negara.
“Seperti yang saya sebut tadi tugasan bot itu, kita atur gerakkan ia untuk melakukan pemantauan di laut dan juga melaksanakan tugas-tugas operasi pengawasan," katanya.
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Ringkasan AI
- Kadar jenayah maritim menunjukkan trend penurunan hasil kerjasama bersepadu antara Maritim Malaysia, Polis Marin dan TLDM, termasuk usaha mengekang pencerobohan nelayan asing, penyeludupan manusia dan pengedaran dadah.
- Aset baharu Maritim Malaysia iaitu bot pemintas berteknologi tinggi dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Maritim Malaysia Pahang bagi memperkukuh operasi pemantauan dan pengawasan di laut.
- Ketua Pengarah Maritim Malaysia menegaskan keselamatan perairan negara kini terkawal dan aman, serta menyifatkan penurunan insiden sebagai pencapaian penting dalam memenuhi indeks prestasi utama agensi.