awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Kebebasan Media: Malaysia perbaiki kedudukan ke tangga 113

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/05/2022
08:50 MYT
Indeks Kebebasan Media: Malaysia perbaiki kedudukan ke tangga 113
Malaysia berjaya memperolehi 51.55 mata, jauh lebih baik berbanding negara rantau Asia Tenggara yang lain. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada di tangga ke-113 daripada keseluruhan 180 negara dalam Indeks Kebebasan Media Global 2022, yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF)
Berdasarkan indeks tersebut, Malaysia berjaya memperbaiki kedudukannya tahun ini, selepas mencatatkan kedudukan terburuk tahun lepas, iaitu di tangga ke-119, penurunan sebanyak 18 anak tangga.
Berdasarkan skor yang dicatatkan, Malaysia berjaya memperolehi 51.55 mata, jauh lebih baik berbanding negara rantau Asia Tenggara yang lain.
Bagi penunjuk politik, Malaysia berada di tangga ke-122, tangga ke-88 untuk penunjuk ekonomi, tangga ke -55 untuk penunjuk legislatif, tangga ke-128 untuk penunjuk sosial, dan tangga ke-73 untuk penunjuk sekuriti.
Untuk rekod, negara jiran seperti Thailand menduduki tangga ke-115 dengan 50.15 mata, Singapura di tangga ke-139 dengan 44.23 mata, dan Myanmar di kedudukan terakhir dari kalangan negara ASEAN, iaitu di kedudukan ke-176 dengan 25.03 mata.
Namun Timor Leste pula berada di kedudukan 17, dengan 81.89 mata.
Indeks Kebebasan Media Global 2022 menilai keadaan media dan kewartawanan di 180 negara dan wilayah, dan menonjolkan kesan kekacauan ke atas media - sekiranya masalah kekurangan pemantauan ke atas maklumat dalam talian, yang boleh menggalakkan berita palsu serta propaganda pihak tertentu.
Topic Berkaitan
#Indeks Kebebasan Media Global
#Malaysia
#Reporters Without Borders
#Kebebasan Media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan