awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India lancar ujian percubaan baharu peluru berpandu pada jarak 5,000km

Bernama
Bernama
28/10/2021
09:33 MYT
India lancar ujian percubaan baharu peluru berpandu pada jarak 5,000km
Peluru berpandu itu, yang menggunakan bahan api pepejal tiga peringkat, mampu menuju sasaran pada jarak sehingga 5,000 kilometer dengan tahap ketepatan yang sangat tinggi. - Foto: Twitter/@airnewsalerts
NEW DELHI: India pada Rabu melancarkan ujian peluru berpandu berkuasa nuklear jarak 5,000 km sebagai persediaan untuk memperkenalkannya dalam Pasukan Pertahanan Strategik negara itu.
Pelancaran peluru berpandu Agni-5 di permukaan laut itu dilakukan pada 7.50 malam (waktu India) di luar pantai timur di negeri Odisha.
"Peluru berpandu itu, yang menggunakan bahan api pepejal tiga peringkat, mampu menuju sasaran pada jarak sehingga 5,000 kilometer dengan tahap ketepatan yang sangat tinggi," kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.
Pembangunan peluru berpandu balistik itu adalah sebahagian daripada dasar kerajaan India untuk mengekalkan "kuasa penghalang minimum", kata kementerian itu.
India telah membangunkan pelbagai jenis peluru berpandu berkuasa nuklear di bawah Program Pembangunan Peluru Berpandu Bersepadu yang bermula pada 1983 dan selesai pada 2012.
Agni-5 berketinggian 17 meter, dengan berat pelancaran 50 tan, mampu membawa kepala peledak melebihi satu tan metrik.
Pelancaran itu adalah ujian kelapan yang dilaporkan sejak 2012, dengan empat yang pertama adalah ujian percubaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#peluru berpandu
#pertahanan
#Odisha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan