KANGAR: India telah menyatakan minatnya untuk menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan bagi mengadakan majlis perkahwinan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata penganjur majlis perkahwinan dari luar negara dapat melihat keunikan yang ada di negara ini, khususnya di Perlis yang kaya dengan alam semula jadi seperti pemandangan sawah padi.
"Sebagai contoh, ia (majlis perkahwinan) boleh dilakukan di kawasan sawah padi, air terjun ataupun di tempat pelancongan lain yang mampu menarik minat mereka ke sini," katanya di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Angin Timur2022@Hibrid bersama Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.
Mengulas lanjut, Nancy berkata sebelum ini destinasi yang menjadi tumpuan aktiviti tersebut hanya di kawasan popular seperti di Genting Highlands, Pahang.
"Pada kali ini kita ingin bawa mereka ke tempat ekopelancongan bagi menganjurkan majlis perkahwinan, sekali gus menghayati keindahan alam semula jadi yang ada di negara ini, khasnya di Perlis," katanya.
Sementara itu, Azlan berkata selain berpotensi sebagai destinasi pelancongan, keunikan alam semula jadi yang terdapat di negeri itu sesuai dijadikan lokasi penggambaran filem luar negara khususnya dari India.
"Sejak tiga atau empat tahun ini, Perlis menjadi tumpuan penggambaran filem dan kita harap selepas ini terdapat lebih ramai lagi pengusaha filem dari luar negara berminat untuk jadikan negeri ini sebagai tempat pilihan mereka berkarya," katanya.
Menurutnya kadar bayaran yang munasabah dikenakan oleh kerajaan negeri merupakan antara faktor negeri itu menjadi tumpuan penggiat filem sejak kebelakangan ini.
"Kita akan meminta bantuan daripada kerajaan pusat untuk mempromosikan negeri Perlis bagi tujuan penggambaran filem," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
Selain berpotensi sebagai destinasi pelancongan, keunikan alam semula jadi yang terdapat di Perlis sesuai dijadikan lokasi penggambaran filem luar negara khususnya dari India. - Gambar hiasan
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Young Tigress mulakan Piala Remaja Asia dengan langkah kanan
Skuad negara membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti oleh Nurshamine Azureen Mohammed Badusha.
Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
India nasihat rakyatnya supaya tinggalkan Syria
India mengeluarkan nasihat perjalanan agar rakyatnya mengelakkan sebarang perjalanan ke Syria.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat 'tinjauan' di masjid bersejarah di India
Polis berkata 'tinjauan' dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Kaum India harap isu pemilikan ekuiti, pendidikan dan penyertaan sektor awam diberi tumpuan
Kesavan berkata meskipun terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam Belanjawan 2025, masyarakat India tetap menerima manfaat ketara.
India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh
India telah melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak jauh pertamanya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan persenjataannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.