awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu berpengaruh di Kelantan disiasat seleweng jutaan ringgit

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2016
07:32 MYT
Individu berpengaruh di Kelantan disiasat seleweng jutaan ringgit
Antara kesalahan rasuah yang paling tinggi di Kelantan ialah membuat tuntutan palsu dan pemalsuan dokumen melibatkan projek pembangunan. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mengesahkan sedang menyiasat beberapa kes berprofil tinggi melibatkan penjawat awam serta individu yang penting dan berpengaruh di negeri ini.
Siasatan melibatkan penyelewengan bernilai jutaan ringgit.
Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusuf memaklumkan, ia melibatkan lebih daripada tiga kes yang menjejaskan hasil kerajaan.
"Lebih daripada tiga kes yang kita sedang menjalankan penyiasatan peringkat awal dan ia berprofil tinggi," kata Moh semasa ditemui pada majlis Hari Anti Rasuah Antarabangsa Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV di sini, hari ini.
Tambahnya, antara kesalahan rasuah yang paling tinggi di negeri ini ialah membuat tuntutan palsu dan pemalsuan dokumen melibatkan projek pembangunan.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#Siasat
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan