awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu cuba hasut, timbulkan kegentaran awam boleh dikenakan SOSMA - Hamzah

Bernama
Bernama
01/09/2021
08:25 MYT
Individu cuba hasut, timbulkan kegentaran awam boleh dikenakan SOSMA - Hamzah
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada sidang media pertama selepas memulakan tugas sebagai menteri KDN di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.- Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan sehingga menimbulkan kegentaran awam boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata tindakan sedemikian adalah selaras dengan dasar Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai sebuah kementerian yang ingin memastikan keamanan negara dapat dijaga dengan baik.
"Ada macam-macam jenis manusia yang hendak mengeluarkan kenyataan seperti menghasut dan menakut-nakutkan orang awam maka polis akan mengambil tindakan sewajarnya.
"Sebagai contoh jika ada (individu) melanggar undang-undang percetakan juga boleh dikenakan tindakan perundangan," katanya dalam sidang media khas selepas memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Dalam Negeri di Kompleks KDN, di sini hari ini.
Hamzah berkata sekiranya ada individu yang menghasut sehingga menimbulkan ketidakselesaan atau cuba melarikan diri dengan keluar negara, berkemungkinan tindakan SOSMA boleh diambil.
"Kadang-kadang manusia ini tersilap makan ubat...tersilap makan macam-macam sehinggakan tuduhan sedemikian (menghasut) boleh ikut (orang awam terpengaruh) dengan menghasut orang lain," katanya.
Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan sebuah akhbar tempatan susulan seorang wanita menggunakan gelaran 'Sittah Annur' mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah serta memimpin pasukannya bagi mencari imam Mahdi untuk melawan musuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOSMA
#Menteri Dalam Negeri
#Hamzah Zainudin
#kenyataan berbaur hasutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan