MALAYSIA

Individu samakan PDRM dengan anjing diburu polis

Asyraf Roslan 15/10/2019 | 23:45 MYT
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(B) Kanun keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam. - Gambar fail
Polis sedang mengesan seorang individu yang menyamakan Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) dengan anjing di laman media sosial Twitter.

Setakat ini dua laporan telah diterima berhubung kenyataan tersebut.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Farid AlAthrash Wahid.


Menurutnya, laporan mengenai perkara tersebut telah dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, petang Isnin.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(B) Kanun keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
#anjing #media sosial #Mior Farid AlAthrash Wahid #PDRM #polis #Twitter