GADGETS
Indonesia beri amaran sekat Cloudflare jika gagal berdaftar
Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia mengancam akan menyekat perkhidmatan Cloudflare disebabkan syarikat itu belum berdaftar sebagai PSE dan tiada wakil rasmi di negara itu.
Gangguan global ke atas Cloudflare dua hari lalu menjejaskan ribuan syarikat yang bergantung kepada perkhidmatan rangkaian penghantaran kandungan (CDN) dan perlindungan serangan DDoS.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Susulan insiden itu, Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) Indonesia memberi amaran akan menyekat semua perkhidmatan Cloudflare di negara tersebut.
Kominfo menjelaskan Cloudflare belum berdaftar sebagai Penyelenggara Sistem Elektronik Lingkup Privat (PSE) dan tidak mempunyai wakil rasmi di Indonesia seperti yang diwajibkan sejak 2022.
Pada masa sama, kementerian itu mendakwa Cloudflare digunakan oleh puluhan ribu laman judi yang telah disekat.
Surat amaran rasmi telah dihantar kepada Cloudflare dengan tempoh 14 hari untuk berdaftar dan memberikan kerjasama.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan perkhidmatan Cloudflare disekat, sekali gus menjejaskan banyak laman rasmi dan media di Indonesia kerana sebahagian besar laman web menggunakan rangkaian Cloudflare.
Peraturan PSE sebelum ini menyebabkan perkhidmatan popular seperti PayPal, Reddit, Steam dan Epic Games disekat sementara pada 2022, sehingga mencetuskan kemarahan pengguna. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Gangguan global ke atas Cloudflare menjejaskan ribuan syarikat bergantung kepada perkhidmatan CDN dan perlindungan DDoS.
- Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia mengancam akan menyekat perkhidmatan Cloudflare disebabkan syarikat itu belum berdaftar sebagai PSE dan tiada wakil rasmi di negara itu.
- Cloudflare digunakan oleh laman judi yang disekat; Cloudflare diberi tempoh 14 hari untuk berdaftar dan bekerjasama sebaliknya perkhidmatannya akan disekat, menjejaskan banyak laman rasmi dan media di Indonesia.
Susulan insiden itu, Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) Indonesia memberi amaran akan menyekat semua perkhidmatan Cloudflare di negara tersebut.
Kominfo menjelaskan Cloudflare belum berdaftar sebagai Penyelenggara Sistem Elektronik Lingkup Privat (PSE) dan tidak mempunyai wakil rasmi di Indonesia seperti yang diwajibkan sejak 2022.
Pada masa sama, kementerian itu mendakwa Cloudflare digunakan oleh puluhan ribu laman judi yang telah disekat.
Surat amaran rasmi telah dihantar kepada Cloudflare dengan tempoh 14 hari untuk berdaftar dan memberikan kerjasama.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan perkhidmatan Cloudflare disekat, sekali gus menjejaskan banyak laman rasmi dan media di Indonesia kerana sebahagian besar laman web menggunakan rangkaian Cloudflare.
Peraturan PSE sebelum ini menyebabkan perkhidmatan popular seperti PayPal, Reddit, Steam dan Epic Games disekat sementara pada 2022, sehingga mencetuskan kemarahan pengguna. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah insiden yang menyebabkan Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia memberi amaran akan menyekat perkhidmatan Cloudflare?
A: Gangguan global ke atas Cloudflare yang berlaku dua hari lalu telah menjejaskan ribuan syarikat yang bergantung kepada perkhidmatan rangkaian penghantaran kandungan (CDN) dan perlindungan serangan DDoS. - Q: Mengapakah Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia mengambil tindakan menyekat perkhidmatan Cloudflare?
A: Cloudflare tidak berdaftar sebagai Penyelenggara Sistem Elektronik Lingkup Privat (PSE) di Indonesia dan tidak mempunyai wakil rasmi di negara tersebut seperti yang diwajibkan sejak 2022, serta digunakan oleh puluhan ribu laman judi yang telah disekat. - Q: Apakah kesan yang mungkin berlaku jika Cloudflare gagal berdaftar dan bekerjasama dengan permintaan Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia?
A: Kegagalan Cloudflare untuk berdaftar dan bekerjasama dengan amaran Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia akan menyebabkan perkhidmatannya disekat, yang boleh menjejaskan banyak laman rasmi dan media di Indonesia kerana kebanyakan laman web menggunakan rangkaian Cloudflare.