Cabaran ancaman keselamatan yang dihadapi Indonesia adalah amat berbeza berbanding apa yang berlaku di Malaysia.
Deligasi Institut Kajian Polisi Konflik Indonesia, R. Sidney Jones berkata cabaran yang dihadapi Indonesia lebih besar kerana telah wujud jaringan legasi puak pelampau jihad dalam tempoh yang begitu lama.
"Pada 1950an, Kerajaan Indonesia berhadapan dengan puak pelampau di Jawa Barat, Sulawesi, Acheh dan Timur Kalimantan diikuti dengan kebangkitan semula puak tersebut pada 1970.
"Ia diikuti pula dengan Jemaah Islamiah (JI), termasuk kumpulan pecahan kecil JI, kemudian serangan di Ambon pada 1991 hingga 2001 yang terus membuatkan mereka yang menetap di negara itu (Indonesia) menyertai kumpulan ekstremis kononnya mempertahankan rakan seagama mereka," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Persidangan Antarabangsa mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ancaman Keganasan di sini hari ini.
Tambahnya, apa yang terjadi di Indonesia pada hari ini boleh diibaratkan sebagai tragedi yang diwarisi sebelum ini.
Membandingkan Malaysia, Sidney berkata tidak banyak serangan puak radikal berlaku di negara ini sejak 1940an.
"Malaysia tidak ada isu tersebut (seperti Indonesia). Di Malaysia apa yang saya nampak adalah usaha melawan komunis pada 1940an dan semasa darurat. Selain itu usaha untuk menangani Jemaah Islamiah (JI).
"Sebaliknya Indonesia lebih terdedah malah mempunyai serangan berterusan puak pengganas radikal," katanya.
Justeru, beliau berkata tidak semua sistem perundangan yang dilaksanakan di sesebuah negara itu sesuai diguna pakai di negara lain.
"Saya tidak rasa dalam semua kes, penyelesaian yang sama boleh diguna pakai di semua negara. Ada (penyelesaian) yang boleh, ada yang tidak.
"Ia amat sulit. Saya tidak rasa anda boleh kata 'ini' boleh dilaksanakan di Malaysia, maka lakukannya di Indoensia dan ia akan berkesan," ujarnya.
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Tue Jan 26 2016
Deligasi Institut Kajian Polisi Konflik Indonesia, R. Sidney Jones berkata cabaran yang dihadapi Indonesia lebih besar kerana telah wujud jaringan legasi puak pelampau jihad dalam tempoh yang begitu lama. - Foto hrrca.org
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Ketua program 'Balik Kampung' di Sungai Golok ditembak mati
Dua penyerang tidak dikenali menembak mati seorang lelaki di rumahnya di Mukim Pasir Mas, Sungai Golok pada Jumaat.
Menjaga kebajikan tahanan sebahagian daripada kejayaan deradikalisasi
Satu daripada aspek penting program deradikalisasi untuk pengganas ialah penekanan yang diberi terhadap kebajikan tahanan serta keluarga.
Proses pemulihan pengganas bergantung kepada tahap pemikiran
Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Datuk Jamaluddin Saad berkata,tahap pemikiran yang berbeza memerlukan cara pemulihan yang berlainan.
Proses deradikalisasi di Malaysia berjaya
Sejak penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963, negara berjaya mematahkan ancaman dan segala bentuk keganasan yang cuba menular merosakkan demokrasi negara.
UK minat pelajari model Malaysia tangani kumpulan pelampau Islam - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri berkata UK tertarik dengan model program deradikalisasi diamalkan Malaysia, yang terbukti menghasilkan 95 peratus kejayaan memulihkan pihak berkenaan.