PUTRAJAYA: Malaysia telah menerangkan kepada Indonesia tentang perubahan dasar dan penjajaran fungsi pengurusan pekerja asing di Malaysia dan ia disambut baik oleh republik itu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin berkata perkara itu antara yang disentuh dalam pertemuannya dengan Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah dan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Yasonna H. Laoly semalam, sempena lawatan kerja delegasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) ke Indonesia.
Indonesia antara negara sumber utama pekerja asing, adalah negara pertama yang dilawati delegasi bagi menyusul keputusan pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) awal bulan ini terkait dengan pengurusan penggajian pekerja asing.
Saifuddin berkata beliau telah menerangkan tentang perubahan dasar di Malaysia berkenaan pekerja asing yang merujuk kepada penjajaran pengurusan pekerja asing termasuk Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan pelanjutan Pelan Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin 2.0 yang akan mengisi keperluan tenaga kerja dalam sektor-sektor kritikal untuk memacu pembangunan ekonomi negara.
"Pihak Indonesia menyambut baik perubahan dasar dan penjajaran fungsi pengurusan pekerja asing di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini, serta menambah persetujuan itu akan dimanifestasikan melalui perbincangan di peringkat pegawai dalam mekanisme jawatankuasa sedia ada antara dua negara itu.
Beliau berkata perbincangan turut menyentuh perihal penguatkuasaan undang-undang imigresen dan perburuhan melibatkan pekerja Indonesia, pengurusan penghantaran pulang banduan dan tahanan imigresen serta tindakan penyelarasan bagi meminimumkan risiko pekerja asing daripada diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Turut dibangkitkan pengurangan tempoh masa dan kos migrasi yang terkait dengan penggajian pekerja asing serta mengoptimumkan penggunaan teknologi pendigitalan bagi tujuan integrasi sistem dan memudah cara pemantauan pekerja berkenaan," katanya.
Turut dibangkitkan ialah beberapa tindakan yang perlu diambil dengan kadar segera susulan keputusan Anwar Ibrahim dan Jokowi bagi menambah baik pengurusan pekerja asing Indonesia di Malaysia.
"Turut dibincangkan ialah perihal kerjasama keimigresenan dan kawalan sempadan bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan kedua-dua negara dapat direncanakan dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Saifuddin berkata beliau telah menerangkan tentang perubahan dasar di Malaysia berkenaan pekerja asing yang merujuk kepada penjajaran pengurusan pekerja asing termasuk Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing. - Fail/BERNAMA

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Skim Rumah Pertamaku dimansuhkan mulai 1 April
Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperkenalkan semenjak 2011 akan dimansuhkan mulai 1 April ini.

Ramadan: Waktu operasi puncak LRT, Monorel, MRT dan bas diawalkan
Waktu operasi puncak pagi itu diselaraskan sehingga 9.30 pagi berbanding waktu sekarang iaitu 7 pagi hingga 9 pagi.
![AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015168/19199450371679485155147_640x360.jpg)
AWANI Borneo [22/03/2023] – Sekolah daif diutamakan | Dari Sarawak untuk Brunei | Dugaan menjelang Ramadan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar #AWANIBorneo 22 Mac 2023 : - Sarawak urus sendiri pembangunan sekolah luar bandar. - Brunei bakal nikmati tenaga boleh diperbaharui dari Sarawak. - Tragedi menjelang Ramadan, empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. #AWANInews

Mesut Ozil umum bersara dari dunia bola sepak
Bekas pemain tengah Real Madrid dan Arsenal itu berkongsi tentang keputusannya melalui Instagram.

Pameran P Ramlee di KLIA perkenalkan ikon Malaysia kepada pengunjung luar
KLIA adalah lokasi strategik bagi Pameran Eksklusif Seniman Agung P Ramlee untuk memperkenalkan ikon seni tanah air itu kepada pengunjung luar negara.

Permohonan, kelulusan kuota pekerja asing ditangguhkan bermula hari ini
Keputusan itu dibuat selepas KSM meluluskan 995,396 kuota penggajian pekerja asing daripada pelbagai sektor setakat Selasa lepas.

102 pekerja tempatan yang dibuang kerja akan diambil semula oleh syarikat terlibat - Sivakumar
Seramai 102 pekerja tempatan yang dibuang kerja dan digantikan dengan pekerja asing di Pulau Pinang baru-baru ini akan diambil semula oleh syarikat terlibat, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.

Jangan salah guna kelonggaran ambil pekerja asing - Sivakumar
Majikan diberi amaran keras agar tidak menyalahgunakan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang dilancarkan pada 17 Jan lepas untuk menggantikan pekerja tempatan.

Amaran buat majikan berhentikan pekerja tempatan - Sivakumar
Kelulusan kuota untuk majikan menggaji pekerja asing menerusi Pelan Kelonggaran Pengajian Pekerja Asing (PKPPA) akan dibatalkan sekiranya didapati melakukan pemberhentian terhadap pekerja tempatan.

29 warga Indonesia ditahan guna kad pengenalan palsu
Seramai 29 warga Indonesia yang memiliki kad pengenalan Malaysia palsu sebagai dokumen pengenalan diri dan tujuan bekerja di negara ini ditahan di sekitar kawasan perindustrian di Puchong, Selangor.

KDN lulus 380,000 pemohonan pekerja asing, penuhi keperluan ekonomi negara - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan 380,000 permohonan pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi negara.

FLDP mudahkan urusan pengambilan pekerja asing - Menteri
Foreign Labour Demand Portal membolehkan negara-negara sumber mengetahui perincian proses membawa masuk pekerja asing ke Malaysia.

Pelaburan berkualiti tinggi dapat selesaikan masalah lambakan pekerja asing - Penganalisis
Pelaburan kualiti rendah wujudkan ekosistem berpendapatan rendah mengundang kebergantungan kepada pekerja kurang mahir dari luar.

Isu pekerja asing dijangka selesai dalam tiga bulan - Sivakumar
Kerajaan yakin dapat menyelesaikan isu kekurangan pekerja asing dalam tempoh tiga bulan dengan pelaksanaan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.

Pencerobohan nelayan asing, kemasukan pekerja asing antara tumpuan Parlimen hari ini
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 29 hari sehingga 30 Mac ini.