awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia setuju Tajuddin dilantik sebagai Duta Besar Malaysia - PM

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
18/05/2022
07:17 MYT
Indonesia setuju Tajuddin dilantik sebagai Duta Besar Malaysia - PM
Pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia telah mendapat persetujuan daripada Presiden negara itu, Joko Widodo (Jokowi), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail BERNAMA
PUTRAJAYA: Pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia telah mendapat persetujuan daripada Presiden negara itu, Joko Widodo (Jokowi), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga telah mendapat surat persetujuan daripada Jokowi.
"Dia (Tajuddin) orang politik lama dan berpengalaman, kita tunggulah dia menjalankan tugas," kata Ismail Sabri kepada wartawan ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 “Semarak Aidilfitri, Keluarga JPM dirai” di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kritikan terhadap pelantikan Tajuddin bagi menggantikan diplomat Datuk Zainal Abidin Bakar yang dilantik pada 2018 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Mengenai kritikan daripada pelbagai pihak berhubung pelantikan itu juga, kata Ismail Sabri, esiapa sahaja berhak melakukannya.
"Sesiapa pun yang dilantik, bukan semua orang puas hati," katanya.
Pelantikan Tajuddin yang juga veteran UMNO dikritik kerana mengambi alih peranan yang sepatutnya digalas oleh diplomat.
Bagaimanapun, Tajuddin bukan ahli politik pertama dihantar berkhidmat sebagai Duta Besar ke Indonesia kerana sebelum ini, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang juga seorang ahli politik pernah dilantik sebagai Duta Besar ke negara itu.
Zahrain dilantik semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.
Tajuddin yang berusia 74 tahun, pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Ismail Sabri ke Indonesia bertemu Presiden Jokowi pada November lalu.
Topic Berkaitan
#Tajuddin Abdul Rahman
#Duta Besar Malaysia ke Indonesia
#ismail sabri yaakob
#Presiden Jokowi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan