MALAYSIA
Industri aeroangkasa sasar pendapatan RM30 bilion tahun ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul (tengah) hadir pada Pelancaran MyAERO Summit 2026 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara (NAICO) Malaysia di sini, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis pendapatan industri aeroangkasa akan mencecah RM30 bilion tahun ini, meningkat daripada RM25.1 bilion pada 2024.
Ringkasan AI
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata keyakinan itu berdasarkan prospek semasa serta perkembangan positif dalam projek dan perancangan sedia ada.
"Industri aeroangkasa ini menunjukkan perkembangan yang pesat," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran MyAERO Summit 2026 dan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara (NAICO) Malaysia di sini, hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Zafrul berkata perolehan pendapatan industri itu yang mencecah RM25.1 bilion adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun selain turut menyokong 30,000 pekerja mahir dalam ekosistem bidang berkenaan.
Pada masa sama, katanya, Malaysia turut menyaksikan pelaburan besar baharu yang membentuk landskap aeroangksa negara sejak beberapa tahun ini, termasuk langkah Airbus dan Boeing mengembangkan kedudukan mereka serta CTRM (Composites Technology Research Malaysia) yang menerajui pembuatan komposit dan pembekalan komponen kritikal kepada pengeluar peralatan asal (OEM) global.
"Kesemua ini mencerminkan keyakinan pelabur asing dan domestik terhadap kemampuan Malaysia yang kian berkembang sebagai hab pembuatan aeroangkasa maju dan bernilai tinggi di Asia Pasifik," katanya.
Menyentuh Sidang Kemuncak MyAERO yang bakal berlangsung pada Jun 2026, Tengku Zafrul berkata menyifatkan acara itu sebagai pintu masuk tahunan antarabangsa yang penting untuk teknologi aeroangkasa, perniagaan dan rangkaian bakat.
Acara itu turut menyatukan pihak berkepentingan serantau yang merangkumi OEM global dan jaguh tempatan kepada pembuat dasar, penyelidik serta bakat berkemahiran, katanya.
"Sidang Kemuncak MyAERO 2026 akan turut memudah cara penglibatan lebih baik dengan perusahaan kecil dan sederhana serta rakyat.
"Adalah penting bagi orang ramai untuk menyedari mengenai pelbagai peluang besar dalam sektor ini yang bukan setakat memupuk penglibatan perniagaan-ke-perniagaan yang lebih baik, tetapi juga menarik lebih ramai kalangan bakat STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matemarik)," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- MITI yakin industri aeroangkasa capai RM30 bilion tahun ini, meningkat daripada RM25.1 bilion pada 2024, disokong pelaburan besar dan projek sedia ada.
- Industri ini menyokong 30,000 pekerja mahir dan menarik pelaburan daripada pemain global seperti Airbus, Boeing dan CTRM, menjadikan Malaysia hab pembuatan aeroangkasa bernilai tinggi di Asia Pasifik.
- Sidang Kemuncak MyAERO 2026 bakal menjadi platform antarabangsa untuk teknologi aeroangkasa, perniagaan dan bakat, serta menggalakkan penglibatan PKS dan menarik minat bakat STEM.