awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri akhbar kekal relevan dalam era digital - Ketua Pengarang

Bernama
Bernama
07/02/2023
08:49 MYT
Industri akhbar kekal relevan dalam era digital - Ketua Pengarang
Ketua Pengarang akhbar Utusan Borneo Sabah, Lichong Angkui hari ini menyuarakan keyakinan bahawa gelombang pendigitalan tidak akan 'menguburkan' industri akhbar. - Gambar BERNAMA
MEDAN: Ketua Pengarang akhbar Utusan Borneo Sabah, Lichong Angkui hari ini menyuarakan keyakinan bahawa gelombang pendigitalan tidak akan 'menguburkan' industri akhbar.
"Ini berdasarkan kepada penyelidikan global dan penemuan umum bahawa akhbar kekal menjadi rujukan kepada fakta, menjamin kebenaran dan ketepatan," katanya pada seminar Digital Disruption and Sustainable Media Ecosystem Governance, di sini.
Seminar ini merupakan anjuran bersama Persekutuan Wartawan ASEAN dan Dewan Pers Indonesia sempena sambutan Hari PERS Nasional (HPN/Hari Wartawan Indonesia) di Sumatera Utara.
"Trend sejak kebelakangan ini menunjukkan tanda-tanda pemulihan industri akhbar, yang memberi petanda bahawa masih ada peluang untuk industri ini kembali menarik sokongan ramai pembaca, mungkin dalam tempoh satu atau dua tahun lagi," kata Lichong.
Beliau berkata, industri akhbar akan kembali berkembang, walaupun perlahan-lahan, di sebalik teknologi media baharu yang muncul dan perubahan dalam tingkah laku pengguna.
"Sebagai platform penyampaian maklumat yang dipercayai, saya yakin akhbar akan kekal relevan dalam era digital ini. Malah, akhbar juga merupakan medium rasmi untuk pemimpin dan kerajaan menyampaikan dasar-dasar baharu atau pembaharuan dasar," tambahnya.
Beliau adalah antara delegasi 23 anggota Persatuan Ikatan Setiakawan Wartawan (ISWAMI) Malaysia ke HPN, diketuai oleh Presiden, Datuk Mokhtar Hussain.
Lichong berkata, beliau akur bahawa industri akhbar global telah merudum sejak beberapa tahun lepas susulan kebangkitan gelombang digital di seluruh dunia; dan rantau ASEAN tidak terkecuali apabila beberapa syarikat akhbar terpaksa menutup operasi, mengakibat ramai yang kehilangan pekerjaan.
Beliau berkata, sehubungan itu pemain industri perlu menjadi lebih kreatif dan berinovatif dalam menghasilkan produk, termasuk kandungan, bagi memastikan ia kembali menjadi pilihan ramai pembaca.
Menurutnya pemain industri perlu meningkatkan usaha mereka dengan segera dalam memupuk golongan muda untuk membaca versi cetakan dan mengukuhkan versi e-akhbar. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri akhbar
#era digital
#Ketua Pengarang
#Utusan Borneo Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan