awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri gula beroperasi pada kos tinggi, perlu campur tangan segera kerajaan - MSM Malaysia

Bernama
Bernama
16/05/2023
10:30 MYT
Industri gula beroperasi pada kos tinggi, perlu campur tangan segera kerajaan - MSM Malaysia
Negara pengeksport mungkin menghadapi kuota eksport yang terhad dari negara pengeluar, terutama India, yang mungkin dihentikan untuk melindungi keperluan domestik. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Industri gula tempatan memerlukan campur tangan segera kerajaan dengan cara menaikkan harga atau memperkenalkan dasar harga terapung memandangkan industri ini beroperasi dalam persekitaran mencabar dengan kos operasi yang tinggi, menurut MSM Malaysia Holdings Bhd.
Dalam kenyataan pada Selasa, syarikat penapis gula itu menjelaskan sebagai pengeluar makanan penting, pihaknya berperanan memastikan keterjaminan makanan justeru, import bukan pilihan yang mampan.
Ini kerana negara pengeksport mungkin menghadapi kuota eksport yang terhad dari negara pengeluar, terutama India, yang mungkin dihentikan untuk melindungi keperluan domestik, tambahnya.
Kenyataan itu bagi mengulas dan menjelaskan isu yang dibangkitkan menerusi laporan yang diterbitkan media tempatan baru-baru ini mengenai subsidi berkaitan perniagaan gula.
MSM menjelaskan industri gula tempatan tidak lagi menerima subsidi daripada kerajaan sejak 2013 dan beroperasi dalam industri terkawal yang ditadbir oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengikut Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Harga runcit gula di Malaysia kekal sebagai antara yang termurah di dunia, seperti yang diwartakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Penentuan Harga Maksimum - No. 2, Perintah 2017), menurutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri gula
#subsidi kerajaan
#kos operasi
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan