KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 menyebabkan industri hiburan negara yang sedia sakit semakin teruk selain keperitan hidup penggiat seni serta individu yang bekerja di belakang tabir.
Dalam masa sama, gelanggang seni juga, tegas pengarah dan pelakon ternama, Datuk Afdlin Shauki masih belum menjadi profesional kerana banyak perkara di dalamnya yang tidak dilindungi kerajaan.
"Oleh kerana money is always king di dalam mana-mana kerajaan sebelum ini, ia menjadi faktor keutamaan di mana duit atau politik lebih penting daripada seni itu sendiri.
"Itu menjadi masalah bila semua itu berkait wang dan berkait dengan politik. Ya penting wang untuk penerbit untuk orang-orang seni tetapi infrastruktur pun penting juga, bukan sahaja kebajikan.
"Jangan, kalau kita pandang kepada kebajikan sahaja, kita tidak membina sesuatu yang kukuh bagi industri seni itu, kita tidak selesaikan masalah-masalah dan permasalahan orang-orang di dalam industri itu sendiri.
"Kenapa sampai sekarang kita kena bantu (artis) veteran-veteran? (Sedangkan) veteran kita sepatutnya sudah senang sebab sudah ada perlindungan.
"Mungkin mereka dahulu, pada satu ketika ada KWSP, SOCSO, kenapa orang-orang seni tidak ada (kebajikan itu)," soalnya dalam program Leaders Speakeasy with Rizal and Rozina bersama Afdlin Shauki pada Khamis.
BACA: Tindakan Finas tolak permohonan geran Afdlin bermotif politik - Anwar Ibrahim
BACA: Pengerusi Finas positif COVID-19
Menyentuh campur tangan politik dalam industri hiburan juga menyebabkan Afdlin tidak terkejut permohonan gerannya untuk penerbitan filem Angel of Sandakan ditolak hanya kerana beliau menyuarakan sokongan kepada PKR baru-baru ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dalam reaksinya menyifatkan tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menolak permohonan geran oleh Afdlin sebagai bermotifkan politik.
Anwar turut menuntut permohonan itu dikaji semula supaya industri perfileman tempatan kekal terbela.
Dalam pada itu, kata Afdlin, pandemik juga mempunyai sudut positif apabila ia mempercepatkan beberapa perkara yang sepatutnya mengambil masa.
Jelasnya, kebergantungan masyarakat kepada media sosial juga menyebabkan platform berkenaan lebih cepat tersusun berbanding sebelum pandemik.
"Pandemik ini sudut positifnya adalah dia mempercepatkan benda yang sepatutnya ambil lebih banyak masa.
"Contohnya kepentingan media sosial. Mungkin tidak akan jadi sehebat sekarang jika tidak ada pandemik ini. Oleh kerana kebergantungan kita kepada hiburan media sosial ini menyebabkannya menjadi lebih tersusun.
"Kenapa kualitinya lebih bagus, kerana ada organisasi yang menjaga pemain media sosial ini, yang profesional. Kerana mereka sedar daripada media sosial mereka boleh buat duit," ujar seniman itu lagi.
Dalam perkembangan bersaingan, Afdlin menjelaskan, keputusannya menyertai PKR adalah kerana Presidennya, Anwar Ibrahim.
Dari kaca mata Afdlin, Anwar mempunyai ciri-ciri pemimpin yang menghargai seni.
"Saya masuk PKR sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya nampak dia adalah seorang yang menghargai seni, dia seorang yang meminati seni, dia dengar muzik
"Dia datang masa saya buat konsert, masa pelancaran filem dia ada dan dia membaca buku, dia baca puisi, dia orang yang menghargai seni.
"Orang yang menghargai seni adalah orang yang dapat membantu orang seni, jika tidak ada penghargaan untuk seni, akan rasa tidak penting," kata Afdlin lagi.
Astro Awani
Thu May 06 2021

Kata Afdlin, pandemik juga mempunyai sudut positif apabila ia mempercepatkan beberapa perkara yang sepatutnya mengambil masa. - Gambar Astro AWANI

10 Berita Pilihan - (26 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Jun 2022.

Polis rampas 9,208.81 gram dadah ,504 individu ditahan
PDRM mengambil maklum terhadap pendedahan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia mengenai senarai 15 pusat hiburan didakwa menjadi pusat pengedaran dadah di ibu negara.

Dadah | Myanmar hapuskan dadah bernilai AS$642 juta
Pihak berkuasa Myanmar memusnahkan dadah bernilai lebih setengah bilion dolar di seluruh negara pada Ahad. Pembakaran secara besar-besaran termasuk dadah jenis candu, heroin dan methamphetamine itu menjadi acara tahunan di Myanmar ketika menyambut Hari Dadah Antarabangsa pada 26 Jun.

Kapal Perang AS | Sammy B, kapal karam paling dalam di dunia pernah ditemukan
Sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang pernah bertempur dengan tentera Jepun dalam Perang Dunia II ditemukan di dasar laut Filipina pada kedalaman hampir 7,000 meter. Ia sekali gus menjadikan aset yang dikenali sebagai Sammy B itu sebagai kapal karam yang paling dalam di dunia pernah ditemukan.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka cuba dapatkan minyak murah dari Rusia, Qatar
Sri Lanka yang berdepan krisis ekonomi teruk umum akan menghantar menterinya ke Rusia dan Qatar sebagai cubaan untuk dapatkan harga minyak murah, sehari selepas kehabisan bahan api di negara itu. Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera berkata dua menteri akan dihantar ke Rusia pada Isnin, untuk berbincang bagi mendapatkan lebih banyak bekalan minyak.

Azurin wira Malayan Tigress ikat Bangladesh
Pasukan bola sepak wanita kebangsaan gagal melunaskan dendam kekalahan memalukan kepada Bangladesh, selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Dhaka, malam ini.

Krisis Rusia-Ukraine | Selepas tawan Severodonetsk, Rusia sasar Kyiv
Sehari selepas Rusia mendakwa mengawal sepenuhnya bandar strategik Severodonetsk di Luhansk, serangan peluru berpandu mula menggegarkan bandar Kyiv pada Ahad. Wartawan AFP melaporkan, kompleks kediaman berhampiran pusat Kyiv telah diserang sehingga mengakibatkan kebakaran dan dipenuhi asap.

PRU15 | Tanding di Parlimen Sik hanya ura-ura - Takiyuddin
Setiausaha Agung Pas, DatuK Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Sik hanyalah ura-ura sahaja.

Industri Kreatif | Dana Pembangunan Modal Insan FINAS kembali
Perbadanan Filem Nasional (FINAS) akan membuka kembali Dana Pembangunan Modal Insan bagi tujuan memperkasa kemahiran penggiat industri filem di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Dr Md Nasir Ibrahim. Menurutnya, setakat ini kurang daripada 50 peratus daripada dana itu telah dilulus oleh jawatankuasa penilai dan FINAS menggalakkan persatuan serta syarikat berminat mengemukakan permohonan.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

'Hanya tumpu kenaikan elaun pengerusi, lembaga pengarah?' - Anwar persoal AGM FGV Holdings
Dalam kenyataannya pada Khamis, beliau turut ingin tahu jika isu berkaitan nasib peneroka akan turut menjadi agenda mesyuarat tahunan syarikat perladangan itu.

Isu subsidi, kos sara hidup: 'Umum dalam 24 jam atau letak jawatan!' - PH
Menurut kenyataan itu, keadaan rakyat dijangka akan bertambah parah apabila harga barang dilihat bakal meningkat.

Khairy tarik balik rayuan saman fitnah Anwar
Khairy Jamaluddin menarik balik rayuannya terhadap keputusan mahkamah bahawa beliau bertanggungjawab memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan beliau mengenai perlakuan tidak bermoral yan

Anwar Ibrahim desak SPRM siasat penuh UKSB dan Bestinet
Kontroversi melibatkan dua syarikat itu mengugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dalam mengurus isu-isu penyelewengan dan kepincangan.

Percepatkan audit forensik Pemilihan PKR - Anwar Ibrahim
Permintaan itu dibuat bagi membolehkan PKR mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengenang Tun Arshad Ayub: Jasa beliau tidak kecil - Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada kepada keluarga Tun Arshad Ayub, 93, atas pemergian ahli akademik dan pendidik terbilang itu yang meninggal dunia.

Anwar setuju hukuman mati mandatori dimansuh
Dengan pindaan ini, ia memberikan ruang kepada hakim menilai fakta, bukti dan undang-undang sebelum memilih hukuman yang sesuai.

Pemartabatan Bahasa Melayu perlu komitmen seluruh masyarakat - Anwar
Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan akan meremehkan dan melemahkan penguasaan bahasa Inggeris adalah pandangan yang sangat meleset.

Sindiket orang tengah: Anwar gesa kerajaan bertindak, jangan biar nelayan tertekan
Jangan biarkan sindiket orang tengah terus menekan golongan nelayan di negara ini. Itu penegasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan ringkas dalam laman sosial Facebook bel