MALAYSIA
Industri kreatif digital jana RM5.3 bilion, 10,000 peluang pekerjaan pada 2023 - Gobind
Gobind berkata industri kreatif digital Malaysia menyumbang kepada penciptaan lebih 10,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi yang merangkumi ekosistem berkenaan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Industri kreatif digital Malaysia mencatatkan prestasi kukuh pada 2023 yang menjana hasil sebanyak RM5.3 bilion, dengan nilai eksport RM800 juta.
Ringkasan AI
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata pencapaian itu turut menyumbang kepada penciptaan lebih 10,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi yang merangkumi ekosistem berkenaan.
"Di bawah Pelan Hala Tuju Ekosistem Kreatif Digital (DICE) oleh MDEC menyaksikan komitmen kerajaan untuk membangunkan sektor kreatif digital bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai hab serantau dan global bagi penciptaan kandungan digital menjelang 2030," katanya.
Turut hadir Pengarah Urusan Les' Copaque Production Burhanuddin Md Radzi, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Gerald Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif Streamline Media Group Alexander Fernandez.
Gobind berkata selari dengan momentum pendigitalan global, sektor permainan video juga menyaksikan perkembangan yang pesat.
Sehubungan dengan itu, kementerian terus memacu transformasi digital Malaysia dengan mengutamakan subsektor animasi dan permainan sebagai komponen teras agenda digital negara.
"Menyedari peranan penting industri kreatif digital, kementerian menyifatkannya sebagai tulang belakang kemajuan negara dalam ekonomi digital.
"Bagi memperkukuh ekosistem itu, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan dua program utama, iaitu Animated Shorts Challenge dan Digital Games Testbed.
"Kedua-dua inisiatif baharu berkenaan memperlihatkan komitmen Malaysia untuk memupuk inovasi dan kecemerlangan kreatif dalam persekitaran digital," katanya.
Permainan berkenaan boleh didapati di Steam and Epic Game Store, PlayStation 4 dan 5, serta Nintendo Switch, menandakan satu pencapaian bermakna bagi francais yang diiktiraf di peringkat global.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Industri kreatif digital Malaysia menjana RM5.3 bilion pada 2023, dengan nilai eksport RM800 juta dan mewujudkan lebih 10,000 pekerjaan bernilai tinggi.
- Kerajaan melalui Pelan DICE memfokuskan subsektor animasi dan permainan video, menjadikan Malaysia sebagai hab serantau penciptaan kandungan digital menjelang 2030.
- MDEC melancarkan dua inisiatif baharuAnimated Shorts Challenge dan Digital Games Testbed, bagi memupuk inovasi dan kecemerlangan kreatif dalam ekosistem digital.