PEMBUKAAN semula pintu sempadan memberi kelegaan kepada industri pelancongan yang paling terkesan sejak dua tahun negara terpaksa akur dengan COVID-19.
Satu perkembangan positif dan amat baik apabila lapangan terbang di seluruh negara menerima sebanyak 119 penerbangan pada hari pertama pembukaan semula pintu sempadan negara pada 1 April lalu.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, lapangan terbang di seluruh negara juga sudah melakukan penambahbaikan antaranya memendekkan proses dokumentasi semasa ketibaan.
Jelasnya, kawasan beratur di kaunter Imigresen telah diubah menjadi lebih luas untuk keselesaan penumpang dan e-gate Imigresen juga tersedia untuk pelepasan lebih cepat.
Menyoroti perkembangan industri ini yang terjejas sebelum ini, dilaporkan lebih 90 buah hotel ternama di negara ini terpaksa gulung tikar akibat pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang penularan pandemik COVID-19 bermula Mac 2020.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng, keadaan itu berlaku selepas kerajaan kembali melaksanakan PKP bermula 13 Januari 2021.
Statistik pada tahun 2020 pula ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia menjunam 83.4 peratus dan hanya empat juta pelancong dicatatkan berbanding 26.1 juta pada 2019.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri tidak cepat melatah sebalik terus mencari solusi memulihkan semula industri pelancongan negara.
Beliau memperkenalkan Pelan Strategik dan Pemasaran 2022-2026 Tourism Malaysia antara lainnya meningkatkan pelancongan domestik, menjalin perkongsian pintar, meningkatkan promosi pelancongan dalam dan luar talian, mengoptimumkan komunikasi strategik dan penglibatan media, melaksanakan gelembung perjalanan serta melaksanakan transformasi strategik.
Jelas Nancy, langkah bersepadu perlu digerakkan segera untuk memulih dan membina semula industri dengan strategi yang lebih inovatif.
Ini bermakna sebelum pelancongan antarabangsa bangkit semula, pelancongan domestik perlu memainkan peranan ke arah pemulihan.
Percutian singkat, aktiviti riadah terbuka dan berasaskan alam semula jadi, serta pelancongan luar bandar kini menjadi tumpuan utama sektor pelancongan 2022.
Ini bermakna Pengusaha inap desa, eco-tourism dan resort perlu kembali mendapatkan keyakinan orang ramai untuk melancong di dalam negara dengan penawaran pakej percutian yang lebih berbaloi sesuai dengan keadaan semasa.
Selain itu juga, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Kewangan, menerusi Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) turut melancarkan Inisiatif 3R sebagai program pemulihan sektor perniagaan.
Untuk melaraskan semula industri tersebut, delegasi antarabangsa haruslah terus memilih dan menghadiri acara di Malaysia. Tetapi mereka mestilah mempunyai insurans COVID-19.
Justeru, MyCEB akan menawarkan dan menyediakan perlindungan insurans penuh kepada 10,000 delegasi antarabangsa pertama.
Pelancaran MySafe Business Events Planner iaitu perancang digital oleh MyCEB dan Majlis Acara Perniagaan Malaysia (BECM), yang diperkenalkan untuk membantu dan membimbing pengembara acara perniagaan antarabangsa dan penganjur ketika berada di negara ini.
Selain itu, demi membantu pengusaha kraf tangan, satu memorandum persefahaman (MoU) antara MyCEB dan Kraftangan Malaysia telah dimeterai untuk mengutamakan kraf tempatan sebagai hadiah dan cenderamata kepada delegasi antarabangsa sekali gus boleh meningkatkan ekonomi luar bandar serta mempromosi warisan Malaysia.
Malah Pameran Makanan dan Hotel Malaysia ke-16 yang bermula 1 April lalu juga mampu mempromosikan industri makanan dan hospitaliti negara.
Pengerusi Bersama Informa Market Asia, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed berkata, penganjuran itu memberi pengalaman positif kepada peserta pameran, penaja selain menampilkan 200 jenama besar seperti Friesland Campina Professional, Pastry Pro, Bidfood Malaysia dan Global Pacific Victory yang bersedia untuk mengalu-alukan kehadiran lebih 8,000 pengunjung sepanjang minggu ini.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 05 2022
Pengembara antarabangsa selamat tiba di KLIA dari Abu Dhabi, Qatar pada hari pertama Malaysia membuka pintu sempadan negara kepada pengembara antarabangsa melalui laluan udara dan darat. --fotoBERNAMA
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
Tourism Malaysia promosikan budaya sarapan pagi di Malaysia Travel Escapade
Sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia mencuri perhatian pengunjung di Malaysia Travel Escapade 2024 yang dianjurkan buat julung kalinya di Suntec City Mall dari 12 hingga 14 April.
Tingkat kerjasama antara negeri bangunkan pelancongan seimbang - Tourism Malaysia
Kerjasama antara negeri perlu bagi meningkatkan pembangunan pelancongan yang seimbang, sekali gus menarik kehadiran pelancong di seluruh negara.
Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai
Ketua Pengarah Tourism Malaysia P Manoharan berkata tahun lepas Malaysia menerima sejumlah 1.47 juta pelancong dari China.
'Mai ke Perlis!' Usaha pikat hati pencinta eko-pelancongan antarabangsa terus dipergiat
Perlis ketengah identiti destinasi eko pelancongan unggul bagi menarik kedatangan pelancong dan ia disemarakkan dengan pelbagai kerjasama.
Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sasaran tersebut meningkat lebih empat juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
Tourism Malaysia berhasrat bekerjasama dengan syarikat penerbangan, agensi pelancongan
Tourism Malaysia berhasrat untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa dan agensi pelancongan.
Manoharan ganti Ammar sebagai Ketua Pengarah Pelancongan
Bekas Pengarah Tourism Malaysia India, Manoharan Periasamy dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia baharu.
MyCEB jangkakan lebih 270 acara pada 2024
Pada tahun lepas, Malaysia menjadi lokasi bagi penganjuran 253 acara merangkumi mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran pelancongan.
Tourism Malaysia jangka lebih ramai pelancong Indonesia tahun ini
Tourism Malaysia menjangkakan kedatangan lebih ramai pelancong dari Indonesia tahun ini, sempena kempen melawat negeri 2024 di Melaka, Kelantan, Perak dan Perlis.
Batik Air lebarkan sayap, mula terbang ke Batam
Batik Air melebarkan sayapnya menerusi laluan baharu ke Batam, Indonesia dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bermula Jumaat lalu.