KUCHING: Industri pelancongan di Sarawak kembali mempamerkan prestasi yang luar biasa sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2022 dengan mencatatkan peningkatan lebih 800 peratus merangkumi data ketibaan pelancong asing dan nilai resit pelancongan di negeri itu.
Berbanding tempoh yang sama untuk tahun 2021, nilai keseluruhan resit pelancongan di negeri itu mencatatkan peningkatan sebanyak 856.95 peratus iaitu daripada RM171.29 juta (Januari-Julai 2021) kepada RM1.64 bilion (Januari-Julai 2022) sementara RM316.08 juta terkumpul untuk bulan Julai sahaja.
Menteri Pelancongan, Seni Kreatif, dan Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perkembangan yang positif ini adalah kesan daripada penganjuran berterusan acara antarabangsa yang diadakan di beberapa bahagian negeri itu khasnya di Kuching, Sibu dan Miri.
Jelasnya acara pelancongan seperti festival muzik, kebudayaan dan makanan yang dianjurkan di Sarawak telah menyumbang kepada ketibaan seramai 703,891 pengunjung domestik dan antarabangsa ke negeri itu sepanjang tempoh yang sama tahun ini.
“Daripada jumlah tersebut, pelancong asing yang tiba ke Sarawak sepanjang bulan Januari sehingga penghujung Julai tahun ini ialah 576,443 orang meningkat sebanyak 981.44 peratus daripada 11,785 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu. Melihat kepada jumlah ini kementerian yakin Sarawak akan mampu mencapai sasaran 1.2 juta pengunjung tiba di negeri ini menjelang penghujung tahun 2022.
“Dengan kekerapan penerbangan yang kembali normal dan penganjuran acara hampir setiap minggu, pihak perhotelan juga merasai impak positif dan rata-rata pengurusan hotel yang saya temui berkata kapasiti tempahan bilik mereka kini melebihi 90 peratus yang juga dirasai oleh penggiat industri yang lain,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Borneo Culture Museum Restaurant di sini pada Isnin.
Restoran yang yang berkonsepkan gabungan makanan tradisional Sarawak dan barat itu akan menjadi salah satu daya penarik baharu kepada muzium kedua terbesar di Asia Tenggara itu dengan pelbagai hidangan yang unik serta menggambarkan selera etnik tertentu di Sarawak antarnya ‘Piza Ulat Sagu” dan ‘Umai Ikan Tenggiri’.
Mengulas lanjut mengenai prestasi Muzium Budaya Borneo, Abdul Karim berkata walaupaun pihak pengurusan telah mengenakan pembayaran kepada pengunjung sejak 1 Ogos yang lalu, ia tidak menjejaskan kunjungan orang ramai ke muzium tersebut.
“Walaupun berbayar, muzium ini masih menerima pendaftaran pengunjung yang cukup memberangsangkan iaitu sekitar 700 orang pada 1 Ogos lalu dan sehingga 1,500 orang sehari pada hujung minggu, bahkan secara purata nilai kutipan tiket yang terkumpul untuk sehari boleh mencecah sehingga RM10,000.
“Jumlah pengunjung yang telah hadir ke muzium daripada hari pembukaannya pada 9 Mac lalu sehingga ke hari ini (8 Julai) ialah seramai 386,753 orang, ini adalah jumlah yang cukup besar,” ujarnya lanjut.
Nuzuluddin Abdul Razak
Tue Aug 09 2022
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin Sarawak akan mampu mencapai sasaran 1.2 juta pengunjung tiba di negeri ini menjelang penghujung tahun 2022. - Foto fail/BERNAMA
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 berlangsung di Kuching
Sarawak mahu acara perasmian Sukan SEA 2027 diadakan di bandar raya Kuching selaku penganjur bersama temasya sukan itu.
Padang kriket Sarawak dinaik taraf selepas SUKMA - Abdul Karim
Buat masa ini padang tersebut tidak mempunyai kemudahan asas seperti bilik persalinan pemain dan tempat duduk penonton.
Keputusan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal diketahui bulan ini - Abdul Karim
Keputusan pemohonan Sarawak untuk menyenaraikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO , bakal diketahui hujung bulan ini.
MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci - Abdul Karim
Sarawak mahu penjelasan daripada kerajaan Persekutuan mengenai penurunan 'kuasa' yang melibatkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
Larian baton SUKMA 2024 berakhir di Kuching
Larian itu sebelum ini melalui Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Serian dan Samarahan.
Setiap negeri perlu labur untuk Malaysia gapai emas Olimpik - Abdul Karim
Tanggungjawab untuk pembangunan bakat sukan tidak sepatutnya diserahkan bulat-bulat kepada Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan.
Pertimbang keputusan henti permohonan MM2H di Sabah dan Sarawak
MOTAC dimohon agar mempertimbangkan keputusan menghentikan operasi permohonanan program MM2H yang bakal menjejaskan sektor pelancongan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif
Perkara itu hasil beberapa mesyuarat yang diadakan setakat ini dengan Kerajaan Persekutuan.
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.