KUALA LUMPUR: Industri penerbangan dijangka kekal tunai negatif sepanjang 2021, dengan anggaran kehilangan tunai antara AS$75 bilion hingga AS$95 bilion berbanding AS$48 bilion yang dijangkakan sebelum ini, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dalam satu analisis terkini.
Analisis sebelumnya pada November 2020 menunjukkan bahawa syarikat penerbangan akan bertukar tunai positif pada suku keempat 2021.
"Di peringkat industri, syarikat penerbangan dijangka tidak akan mencatatkan tunai positif sehingga 2022," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Faktor yang menyumbang kepada penemuan terbaharu ini antaranya, adalah permulaan yang lemah pada 2021, memandangkan banyak kerajaan telah mengetatkan sekatan perjalanan sebagai tindak balas kepada varian terkini COVID-19.
"Tempahan ke hadapan untuk musim panas (Julai-Ogos) buat masa sekarang adalah 78 peratus di bawah paras Februari 2019 (perbandingan pada 2020 tidak diambil kira susulan impak COVID-19)," kata persatuan perdagangan itu.
Menurut IATA, dengan permulaan yang agak lemah bagi tahun ini, senario yang lebih baik akan menyaksikan sekatan perjalanan secara beransur-ansur ditarik balik sebaik sahaja rakyat berisiko dalam ekonomi maju divaksinasi tetapi ini mengambil masa bagi menyokong permintaan untuk perjalanan musim panas di sebelah hemisfera utara.
Dalam kes ini, permintaan 2021 akan berada pada 38 peratus daripada tahap 2019.
''Syarikat penerbangan akan kehilangan sejumlah AS$75 bilion tunai sepanjang tahun ini. Tetapi pembakaran tunai sebanyak AS$7 bilion pada suku keempat akan bertambah baik dengan ketara daripada jangkaan kehilangan tunai AS$33 bilion pada suku pertama,'' katanya.
Di bawah senario pesimis, syarikat penerbangan dilihat kehilangan sebanyak AS$95 bilion sepanjang tahun ini. Pengekalan sekatan perjalanan semasa musim perjalanan musim panas di sebelah utara akan menjadi pemacu kepada senario ini.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac berkata dengan banyak kerajaan terus mengetatkan sempadan, 2021 diramal menjadi tahun yang lebih sukar daripada yang dijangkakan.
"Lebih banyak bantuan kecemasan daripada kerajaan akan diperlukan. Industri penerbangan yang masih berfungsi akhirnya akan dapat meningkatkan pemulihan ekonomi daripada COVID-19 tetapi itu tidak akan berlaku jika banyak perkara masih gagal sebelum krisis ini berakhir.
"Sekiranya kerajaan tidak dapat membuka sempadan mereka, kami akan memerlukan wang mereka bagi memastikan syarikat penerbangan terus berdaya maju," katanya.
Jelas de Juniac lagi, dengan syarikat penerbangan dijangka terus kehilangan tunai sepanjang 2021, adalah penting kerajaan dan industri bersedia sepenuhnya untuk memulakan keadaan yang boleh dipersetujui bersama bahawa ianya adalah selamat untuk membuka semula sempadan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021
Faktor yang menyumbang kepada penemuan terbaharu ini antaranya, adalah permulaan yang lemah pada 2021, memandangkan banyak kerajaan telah mengetatkan sekatan perjalanan sebagai tindak balas kepada varian terkini COVID-19. - Gambar hiasan/Unsplash
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa
Global Systemes Asia (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) menjalin kerjasama yang berupaya memberi impak positif kepada masa depan aeroangkasa di rantau ini.
Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global
Malaysia menyasarkan untuk memainkan peranan lebih penting dalam rantaian bekalan global.
Untung bersih industri syarikat penerbangan dijangka capai AS$25.7 bilion pada 2024 - IATA
Keuntungan bersih industri penerbangan dijangka mencecah AS$25.7 bilion (AS$1=RM4.67) pada 2024, menyumbang 2.7 peratus dalam margin keuntungan bersih.
Trafik penumpang udara Malaysia naik 123.6 peratus pada suku pertama 2023 - Mavcom
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 123.6 peratus tahun ke tahun kepada 19.4 juta penumpang pada suku pertama 2023, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).
Syarikat penerbangan mampu capai keuntungan bersih AS$9.8 bilion pada 2023
Keuntungan dianggarkan mengukuh pada 2023, didorong oleh perkembangan positif termasuk meningkatnya permintaan untuk perjalanan udara.
Boeing ucap 'selamat tinggal' kepada model 747
Dianggap sebagai 'Queen of the Skies', model 747 merupakan pesawat pertama di dunia yang mempunyai dua laluan atau lorong dalam pesawat.
Perhimpunan IATA Geneva rangka masa hadapan industri penerbangan
Antara yang akan mendapat fokus khusus adalah trafik, kargo, keselamatan serta kemampanan yang akan dikemas kini.
Kerajaan akan bantu industri penerbangan tangani cabaran - Tengku Zafrul
Kerajaan menyedari cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan tempatan, sekali gus mencari kaedah untuk membantu industri tersebut menanganinya.
Kerajaan terus galakkan persaingan antara syarikat penerbangan - Wee Ka Siong
Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melihat syarikat penerbangan terus kekal beroperasi dan berdaya saing.
Pendekatan mampan penting untuk pemulihan industri penerbangan - Tony Fernandes
Tony Fernandes seru kepada pendekatan yang lebih mampan untuk membantu industri penerbangan di rantau ini pulih.