JAKARTA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ekosistem industri penyiaran di Indonesia sangat menyeluruh seiring pertumbuhan pesat era digital yang boleh dijadikan contoh.
Justeru beliau menggalakkan stesen-stesen penyiaran swasta di Malaysia menjalinkan kerjasama dengan stesen-stesen penyiaran Indonesia, meskipun wujud perbezaan komposisi demografi dan pasaran yang ketara.
"Yang pentingnya (industri di Indonesia) adalah responsif kepada penyertaan pasaran dan membentuk satu ekosistem yang menyeluruh dan juga perniagaan yang saya anggapkan begitu kehadapan," katanya.
Annuar berkata demikian setelah melawat MNC Studios milik kumpulan media terbesar dan terintegrasi di Asia Tenggara, MNC Group di Kebon Jeruk, Jakarta Barat.
MNC Studios ialah kompleks pejabat dan studio bersepadu untuk tiga stesen televisyen saluran percuma MNC Group iaitu RCTI, GTV dan MNCTV.
Studio itu terletak dikawasan seluas 101,222 meter persegi dengan keluasan bangunan 113,062 meter persegi, terdiri daripada 18 tingkat pejabat dan dua tingkat bawah tanah.
Menurutnya, MNC berjaya mengambil peluang yang sepenuhnya daripada perkembangan teknologi dan permintaan semasa, malah tidak terikat kepada kaedah yang konvensional.
"Saya sangat tertarik dengan beberapa perkembangan termasuk yang terkait dengan animasi dan juga super app approach yang sangat-sangat berasaskan pasaran," katanya.
Annuar berkata pemilik MNC Hary Tanoesoedibjo, adalah seorang yang sangat berwawasan dan praktikal dalam memperkenalkan model perniagaan yang terbukti berjaya.
Lawatan hari ini diadakan sempena lawatan kerja selama tiga hari sejak Khamis diiringi Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia Adlan Mohd Shaffieq dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perfileman Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 20 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (tiga, kiri) melawat MNC Studios milik MNC Group di Kebon Jeruk, Jakarta Barat sempena lawatan kerja selama tiga hari sejak Khamis. - Foto BERNAMA
Bayi lelaki baru lahir ditemukan di belakang rumah
Polis sedang menyiasat seorang wanita berusia lingkungan 20-an berkaitan penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di Machang, pada Ahad.
Selangor lancar 'Ehsan Mart', tawar harga lebih murah
Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) hari ini melancarkan pembukaan pasar raya ‘Ehsan Mart’ yang menawarkan harga barangan asas pada kadar 10 hingga 15 peratus lebih rendah berbanding di pasaran.
'Blueprint STEM' di masukkan ke dalam NSS
Pelan Tindakan Bakat Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) Pulau Pinang yang dilancarkan pada Ahad, akan dimasukkan ke dalam Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
PETRA, Johor pastikan bekalan air dan tenaga cukup bagi pelabur
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan bekerjasama erat dengan kerajaan Johor bagi memastikan bekalan air dan tenaga mencukupi untuk keperluan pelabur di negeri ini.
1,080 taska dikenal pasti tidak berdaftar - KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengenal pasti 1,080 taska di seluruh negara yang tidak berdaftar menerusi operasi pemutihan yang dilaksanakan mulai September tahun lalu.
Kod tatalaku focus tiga isu jenayah
Jenayah penipuan dalam talian, buli siber dan jenayah pengantunan atau seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara perkara yang diberi tumpuan dalam membangunkan Kod Tatalaku platform media sosial yang dijangka siap bulan depan.
Malaysia juara, tewaskan Lubnan 1-0 di final
Malaysia kembali menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024 apabila menewaskan Lubnan 1-0 dalam aksi final pada Ahad malam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 September 2024.
Jong Un umum pangkalan baharu tentera laut, perkukuh ketenteraan
Korea Utara memerlukan sebuah pangkalan tentera laut yang baharu memandangkan negara itu sedang membina kapal perang dan kapal selam yang lebih besar.
Houthi dakwa tembak jatuh dron MQ-9 buatan Amerika
Kumpulan Houthi Yaman mendakwa menembak jatuh satu lagi dorn MQ-9 buatan Amerika yang berada di ruang udara negara itu.
Industri penyiaran Indonesia boleh dijadikan contoh, kata Annuar Musa
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ekosistem industri penyiaran di Indonesia sangat menyeluruh seiring pertumbuhan pesat era digital yang boleh dijadikan contoh.