awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri perkayuan Sarawak kekurangan buruh - STA

Bernama
Bernama
27/03/2024
00:07 MYT
Industri perkayuan Sarawak kekurangan buruh - STA
Lau berkata Kerajaan Sarawak telah menjadi penyokong penggunaan kayu balak dari ladang hutan, menggalakkan industri itu menceburi bidang produk kejuruteraan kayu dan biojisim. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUCHING: Industri perkayuan di Sarawak terus bergelut dengan isu kekurangan buruh khususnya dalam aktiviti-aktiviti sektor perladangan hutan dan kelapa sawit.
Pengerusi Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA) Datuk Henry Lau Lee Kong berkata jika situasi ini tidak ditangani, ia akan mendatangkan risiko besar kepada kesinambungan operasi ahli-ahlinya.
Beliau berkata sehubungan itu STA menyeru pihak kerajaan agar segera mewujudkan dasar yang lebih konsisten dan memperkemas proses pengambilan pekerja asing.
"Kerangka kerja yang cekap dan boleh dijangka bukan sahaja akan membantu mengurangkan masalah kekurangan buruh semasa tetapi juga menyumbang kepada kestabilan jangka panjang industri perkayuan.
"Dengan memupuk persekitaran yang kondusif untuk pengurusan tenaga kerja, kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuhan mampan dan daya saing ahli-ahli kami," katanya dalam ucapan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) STA di sini, semalam.
Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Setiausaha Kehormat STA Wong Ting Chung.
Sementara itu Lau berkata Kerajaan Sarawak telah menjadi penyokong penggunaan kayu balak dari ladang hutan, menggalakkan industri itu menceburi bidang produk kejuruteraan kayu dan biojisim.
Beliau berkata anjakan strategik ini memerlukan ahlinya menaik taraf kilang mereka untuk memproses balak daripada ladang hutan.
"Menyedari komitmen kewangan yang diperlukan untuk usaha sedemikian, insentif akan memainkan peranan penting dalam memudahkan peralihan penting ini.
"Kami juga mengharapkan bantuan kerajaan dalam membangunkan pasaran untuk produk-produk baharu yang akan muncul melalui inisiatif ini.
"Mewujudkan persekitaran bagi membolehkan kejayaan pengenalan dan penerimaan produk ini dalam pasaran adalah penting untuk pertumbuhan mampan dan daya saing industri kami," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Industri Perkayuan
#Sarawak
#kurang buruh
#perladangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan