awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri sarang burung walit mampu tingkat ekonomi rakyat - Jeffrey

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
30/01/2021
20:00 MYT
Industri sarang burung walit mampu tingkat ekonomi rakyat - Jeffrey
Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata kerajaan negeri akan membangunkan industri sarang burung walit sebagai salah satu usaha menghidupkan semula ekonomi tempatan. - BERNAMA
KOTA KINABALU:Kerajaan Negeri Sabah komited dalam mencari kaedah efektif dan efisyen dalam memajukan ekonomi yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, kerajaan negeri akan membangunkan industri sarang burung walit sebagai salah satu usaha menghidupkan semula ekonomi tempatan.
"Sekarang ini terlalu ramai individu yang telah kehilangan kerja, atau gaji mereka dipotong.
"Salah satu cara untuk menggantikan kerja-kerja yang telah hilang adalah dengan mengembangkan ekonomi sedia ada, seperti membangunkan industri sarang burung walit," katanya.
Jelas beliau, kerajaan negeri sudah menyediakan pelan untuk membangunkan Lembaga Burung Walit pada tahun ini bagi menyelaraskan industri tersebut.
Tambah beliau lagi, lembaga tersebut bertanggungjawab dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menambah nilai kepada produk sarang burung walit di Sabah.
Bahagian R&D lembaga tersebut akan memerlukan pelaburan daripada kerajaan.
"Ia merupakan suatu keperluan bagi kelangsungan dan pertumbuhan industri ini di Sabah.
"Kita tidak boleh bergantung kepada bahan mentah sahaja.
"Satu kilogram sarang burung walit yang berkualiti boleh mencecah RM5,000 tetapi pemprosesan bahan mentah tersebut boleh memberikan pengendali sebanyak RM15,000 atau lebih bagi setiap kilogram.
"Aktiviti ini akan dapat menghasilkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat, tanpa mengira faktor umur atau jantina. Inilah yang kita mahukan untuk orang-orang Sabah," katanya.
Jeffrey yang juga merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata kerajaan negeri akan berkerjasama dengan sektor swasta, terutama sekali dengan mereka yang berpengalaman dalam industri ini, untuk membina kilang pemprosesan di Sabah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sarang burung walit
#Jeffrey Kitingan
#ekonomi tempatan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan