awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
24/06/2022
04:38 MYT
Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011
Daripada 93 peratus item yang meningkat dalam kumpulan Makanan, 29.4 peratus meningkat dalam julat kurang daripada 5 peratus, 37.7 peratus meningkat antara 5 hingga 10 peratus manakala 32.9 peratus meningkat lebih daripada 10 peratus. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna Mei 2022 meningkat 2.8 peratus kepada 126.6 berbanding 123.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan kenaikan ini melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga Mei 2022 iaitu 1.9 peratus.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011.
Ia apabila 93 peratus item dalam kumpulan tersebut merekodkan kenaikan.
"Daripada 93.0 peratus item yang meningkat dalam kumpulan Makanan, 29.4 peratus meningkat dalam julat kurang daripada 5 peratus, 37.7 peratus meningkat antara 5 hingga 10 peratus manakala 32.9 peratus meningkat lebih daripada 10 peratus.
"Kos makanan yang meningkat ditambah dengan peningkatan permintaan antara punca kenaikan harga ayam pada kali ini.
"Ayam yang merupakan komponen terbesar dalam subkumpulan Daging (46.1%) meningkat sebanyak 13.4 peratus berbanding 7.5 peratus pada April 2022.
"Purata harga ayam pada Mei 2022 adalah RM9.70 sekilogram berbanding RM8.44 pada Mei 2021," kata beliau dalam kenyataan tersebut.
Carta inflasi Malaysia bagi bulan Mei, 2022
Carta inflasi Malaysia bagi bulan Mei, 2022
Lonjakan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini pula berpunca terutamanya daripada peningkatan harga baja, kos logistik, kekurangan tenaga buruh dan kedaan cuaca.
Makanan di rumah dan Makanan di luar rumah masing-masing meningkat ketara sebanyak 5.5 peratus (April 2022: 4.1%) dan 5.1 peratus (April 2022: 4.4%), mendorong kepada kenaikan inflasi makanan.
Subkumpulan Daging mencatatkan peningkatan tertinggi 9.5 peratus pada Mei 2022 (April 2022: 6.2%) disebabkan oleh permintaan tinggi pada musim perayaan.
Ini diikuti oleh kenaikan Sayur-sayuran (8.1%); Susu, keju & telur (8.0%); Ikan & makanan laut (4.3%) dan Minyak & lemak (3.7%).
Sementara itu, kenaikan ketara bagi Makanan di luar rumah dapat dilihat bagi Nasi berlauk (8.3%), Roti canai (7.8%), Makanan berasaskan mee (5.7%) dan Masakan ayam (5.1%).
Indeks Harga Pengguna Mei 2022
Indeks Harga Pengguna Mei 2022
Topic Berkaitan
#inflasi makanan
#Indeks Harga Pengguna
#inflasi Malaysia
#harga makanan mahal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan