MALAYSIA
Inflasi perubatan: Kerajaan bakal perkenal pelan asas takaful, insurans bermula serendah RM80
Inflasi perubatan menuntut pembaikan ekosistem secara menyeluruh, bukan sekadar pembaikan produk insurans. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal memperkenalkan Pelan Insurans/ Takaful Perubatan dan Kesihatan Asas (MHIT Asas) sebagai langkah teras mengekang inflasi tuntutan perubatan, memastikan akses rawatan swasta kekal mampu milik untuk lebih ramai rakyat Malaysia.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi bersama Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Mengenai Kos Penjagaan Kesihatan Swasta, iaitu Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media pada Rabu.
Mereka berkata, pelan standard nasional pertama itu akan memasuki projek rintis pada separuh kedua 2026 sebelum pelaksanaan penuh pada awal 2027, diselaraskan dengan penamatan langkah interim penstabilan premium oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
“Pelan MHIT asas merupakan langkah yang sangat penting ke arah memperluas akses kepada perlindungan yang berterusan,” kata Amir Hamzah, sambil menambah bahawa menangani inflasi perubatan menuntut pembaikan ekosistem secara keseluruhan, bukan sekadar pembaikan produk insurans.
Berdasarkan Kertas Putih untuk Pelan Asas MHIT, julatan premium bulanan secara indikatif dicadangkan mengikut umur dan tahap manfaat.
Bagi umur 31 hingga 35 tahun, premium standard diunjurkan sekitar RM80 ke RM120 sebulan, manakala pelan Standard‑Plus, iaitu manfaat lebih terhad/optimum untuk kekalkan kemampuan ialah antara RM50 ke RM70.
Bagi kumpulan 61 hingga 65 tahun, premium standard diunjurkan antara RM280 ke RM350, berbanding RM220 ke RM280 bagi Standard‑Plus, manakala bagi warga 75 tahun ke atas, premium Standard diunjurkan antara RM500 ke RM780, sementara Standard‑Plus sekitar RM400 ke RM660.
Kerajaan berkata, angka‑angka itu bertujuan membimbing jangkaan pasaran sebelum projek rintis pada separuh kedua 2026 dan pelaksanaan penuh 2027; ia boleh berubah mengikut beberapa faktor.
Sementara itu Dr Dzulkefly berkata, trend inflasi tuntutan perubatan meningkat lebih pantas daripada inflasi umum, menyebabkan premium insurans naik dan menekan kemampuan isi rumah.
Pada masa sama, jelasnya lagi, liputan insurans kesihatan masih rendah dan perbelanjaan langsung rakyat ke atas kesihatan (out‑of‑pocket) kekal tinggi dalam campuran pembiayaan negara, gambaran yang memerlukan laluan perlindungan “masuk” yang lebih mampu milik.
“RESET merupakan suatu pencapaian penting bagi pendekatan seluruh negara… keutamaan pada penjagaan berasaskan nilai memastikan hasil kesihatan yang kukuh sambil mengurangkan inflasi dan menjaga kemampuan,” jelasnya lagi.
Terdahulu JBMKKS memutuskan empat inisiatif utama bagi menangani kenaikan kos penjagaan kesihatan swasta sambil memperluas akses dan pilihan penjagaan kesihatan kepada rakyat Malaysia.
Selain pelan asas MHIT, tiga lagi inisiatif lain melibatkan pelancaran alat bantu membuat keputusan untuk pengguna; penerbitan kos rawatan perubatan; dan insentif cukai bagi dana kebajikan hospital swasta.
Dalam pada itu Dr Dzulkefly berkata RESET telah meletakkan penjagaan kesihatan berasaskan nilai sebagai teras usaha pembaharuan negara, selain ditetapkan sebagai satu penanda aras penting bagi pendekatan seluruh negara (whole‑of‑nation).
“Dengan mengutamakan penjagaan kesihatan berasaskan nilai, usaha ini memastikan hasil kesihatan yang kukuh kekal di pusat ikhtiar kita untuk mengurangkan inflasi dan menjaga kemampuan, ” katanya lagi.
Dr Dzulkefly berkata, pendekatan itu juga bagi memastikan akses berpanjangan kepada penjagaan kesihatan berkualiti, selain memastikan kolaborasi yang lebih efektif di antara sektor swasta dengan sistem kesihatan nasional.
“Inisiatif sektor swasta ini melengkapkan sistem penjagaan kesihatan awam kita, memastikan penjagaan berkualiti kekal boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira tempat rawatan untuk jangka panjang,” katanya lagi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kerajaan akan melaksanakan Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan Asas (MHIT Asas) untuk mengekang inflasi tuntutan perubatan serta memastikan akses rawatan swasta mampu milik kepada rakyat Malaysia.
- Pelan MHIT Asas dijangka akan memasuki projek rintis pada separuh kedua 2026 dan dilaksanakan sepenuhnya pada awal 2027, setelah penamatan langkah interim penstabilan premium oleh Bank Negara Malaysia.
- Premium bulanan bagi pelan ini dicadangkan dalam julat RM80 hingga RM120 untuk golongan 31-35 tahun dan RM280 hingga RM350 untuk golongan 61-65 tahun, dengan pelan Standard-Plus menawarkan manfaat lebih terhad/optimum bagi kekalkan kemampuan.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi bersama Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Mengenai Kos Penjagaan Kesihatan Swasta, iaitu Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media pada Rabu.
Mereka berkata, pelan standard nasional pertama itu akan memasuki projek rintis pada separuh kedua 2026 sebelum pelaksanaan penuh pada awal 2027, diselaraskan dengan penamatan langkah interim penstabilan premium oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
“Pelan MHIT asas merupakan langkah yang sangat penting ke arah memperluas akses kepada perlindungan yang berterusan,” kata Amir Hamzah, sambil menambah bahawa menangani inflasi perubatan menuntut pembaikan ekosistem secara keseluruhan, bukan sekadar pembaikan produk insurans.
Berdasarkan Kertas Putih untuk Pelan Asas MHIT, julatan premium bulanan secara indikatif dicadangkan mengikut umur dan tahap manfaat.
Bagi umur 31 hingga 35 tahun, premium standard diunjurkan sekitar RM80 ke RM120 sebulan, manakala pelan Standard‑Plus, iaitu manfaat lebih terhad/optimum untuk kekalkan kemampuan ialah antara RM50 ke RM70.
Bagi kumpulan 61 hingga 65 tahun, premium standard diunjurkan antara RM280 ke RM350, berbanding RM220 ke RM280 bagi Standard‑Plus, manakala bagi warga 75 tahun ke atas, premium Standard diunjurkan antara RM500 ke RM780, sementara Standard‑Plus sekitar RM400 ke RM660.
Kerajaan berkata, angka‑angka itu bertujuan membimbing jangkaan pasaran sebelum projek rintis pada separuh kedua 2026 dan pelaksanaan penuh 2027; ia boleh berubah mengikut beberapa faktor.
Sementara itu Dr Dzulkefly berkata, trend inflasi tuntutan perubatan meningkat lebih pantas daripada inflasi umum, menyebabkan premium insurans naik dan menekan kemampuan isi rumah.
Pada masa sama, jelasnya lagi, liputan insurans kesihatan masih rendah dan perbelanjaan langsung rakyat ke atas kesihatan (out‑of‑pocket) kekal tinggi dalam campuran pembiayaan negara, gambaran yang memerlukan laluan perlindungan “masuk” yang lebih mampu milik.
“RESET merupakan suatu pencapaian penting bagi pendekatan seluruh negara… keutamaan pada penjagaan berasaskan nilai memastikan hasil kesihatan yang kukuh sambil mengurangkan inflasi dan menjaga kemampuan,” jelasnya lagi.
Terdahulu JBMKKS memutuskan empat inisiatif utama bagi menangani kenaikan kos penjagaan kesihatan swasta sambil memperluas akses dan pilihan penjagaan kesihatan kepada rakyat Malaysia.
Selain pelan asas MHIT, tiga lagi inisiatif lain melibatkan pelancaran alat bantu membuat keputusan untuk pengguna; penerbitan kos rawatan perubatan; dan insentif cukai bagi dana kebajikan hospital swasta.
Dalam pada itu Dr Dzulkefly berkata RESET telah meletakkan penjagaan kesihatan berasaskan nilai sebagai teras usaha pembaharuan negara, selain ditetapkan sebagai satu penanda aras penting bagi pendekatan seluruh negara (whole‑of‑nation).
“Dengan mengutamakan penjagaan kesihatan berasaskan nilai, usaha ini memastikan hasil kesihatan yang kukuh kekal di pusat ikhtiar kita untuk mengurangkan inflasi dan menjaga kemampuan, ” katanya lagi.
Dr Dzulkefly berkata, pendekatan itu juga bagi memastikan akses berpanjangan kepada penjagaan kesihatan berkualiti, selain memastikan kolaborasi yang lebih efektif di antara sektor swasta dengan sistem kesihatan nasional.
“Inisiatif sektor swasta ini melengkapkan sistem penjagaan kesihatan awam kita, memastikan penjagaan berkualiti kekal boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira tempat rawatan untuk jangka panjang,” katanya lagi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan pelaksanaan Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan Asas (MHIT Asas) oleh kerajaan?
A: Tujuan pelaksanaan MHIT Asas adalah untuk mengekang inflasi tuntutan perubatan serta memastikan akses rawatan swasta kekal mampu milik untuk lebih ramai rakyat Malaysia. - Q: Siapakah yang mengumumkan mengenai pelan standard nasional pertama MHIT Asas?
A: Pengerusi Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Mengenai Kos Penjagaan Kesihatan Swasta, iaitu Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan mengenai pelan standard nasional pertama MHIT Asas. - Q: Berapakah julatan premium bulanan yang dicadangkan bagi umur 31–35 tahun untuk pelan Standard dan Standard-Plus dalam Pelan MHIT Asas?
A: Bagi umur 31–35 tahun, premium standard diunjurkan sekitar RM80 ke RM120 sebulan, manakala pelan Standard-Plus diunjurkan antara RM50 ke RM70.
#MHIT asas
#inflasi perubatan
#pelan takaful kerajaan
#pelan takaful murah
#pelan insurans murah kerajaan