Influenza boleh sebabkan radang otak, Dr Izzar saran ambil vaksin

Gempak
Julai 10, 2022 20:20 MYT
Dr Izzar berkata, vaksin influenza perlu diambil setiap tahun kerana wabak itu datang bermusim. - Gempak
BARU-BARU ini, kes wabak influenza semakin meningkat dan membimbangkan di kalangan kanak-kanak termasuk orang dewasa.
Justeru suami kepada pelakon Ummi Nazeera yang juga seorang doktor iaitu Dr. Izzar menasihati agar setiap keluarga mengambil vaksin influenza bagi mencegah daripada terkena penyakit ini.
“Kes influenza di Malaysia makin meningkat. Influenza ni sememangnya penyakit bermusim. Sebab tu kami sekeluarga amik vaksin influenza untuk mencegah dari mendapat penyakit influenza yang boleh menyebabkan, bronchitis, atau radang otak.
“Lagipun nanti berkumpul semasa raya, risiko jangkitan akan makin meningkat,” katanya.
Dr Izzar berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran itu dia memuat naik rakaman video sewaktu membawa keluarganya ke klinik untuk mengambil suntikan vaksin berkenaan.
Menurutnya lagi, vaksin influenza perlu diambil setiap tahun kerana wabak itu datang bermusim.
“Vaksin influenza ni kena ambil setiap tahun sebab strain virus influenza ni berubah ubah. Jadi vaksin yang dihasilkan pun berubah setiap tahun
“Ingat tak pada hujung tahun 2019 sebelum covid melanda, kes influenza tiba-tiba naik mencanak. Sampai banyak klinik atau hospital kehabisan stok vaksin influenza?
“Boleh ambil vaksin influenza ni dari umur 6 bulan ke atas.
“Musim Jangkitan Influenza di Malaysia: -
  1. Januari – Mac
  2. Julai – September
  3. November – Disember”
Dr. Izzar dan Ummi mempunyai dua orang cahaya mata yang mana kedua-duanya perempuan.
Artikel asal di Gempak.
#musim influenza #Kanak-kanak #vaksin #radang