MALAYSIA
Influenza: Kelantan catat tujuh kluster, situasi terkawal
Hilmi berkata tiada kes baharu direkodkan sejak kluster terakhir dikenal pasti sekali gus menunjukkan langkah kawalan dan pencegahan berjalan dengan baik. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Penularan influenza di Kelantan terkawal dengan tujuh kluster dikesan setakat 15 Okt lepas melibatkan beberapa sekolah.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata tiada kes baharu direkodkan sejak kluster terakhir dikenal pasti sekali gus menunjukkan langkah kawalan dan pencegahan berjalan dengan baik.
"Setakat ini, kita mempunyai tujuh kluster influenza yang melibatkan pelajar sekolah namun keadaan terkawal dan tiada peningkatan kes berlaku.
"Negeri juga belum perlu melaksanakan langkah tambahan seperti vaksinasi besar-besaran kerana situasi masih di bawah kawalan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rabies Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 di Tunjong, di sini hari ini.
Hilmi berkata kerajaan negeri akan terus mendapatkan nasihat daripada Jabatan Kesihatan dari semasa ke semasa bagi menilai keperluan melaksanakan langkah tambahan sekiranya berlaku peningkatan kes.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penularan influenza di Kelantan terkawal dengan tujuh kluster dikesan setakat 15 Oktober, melibatkan beberapa sekolah tanpa kes baharu sejak kluster terakhir.
- Langkah kawalan dan pencegahan berjalan baik, kerajaan negeri belum perlu melaksanakan vaksinasi besar-besaran kerana situasi masih di bawah kawalan.
- Kerajaan negeri akan terus berunding dengan Jabatan Kesihatan bagi menilai keperluan langkah tambahan sekiranya berlaku peningkatan kes.