MALAYSIA
Influenza: Ramai takut vaksin kerana salah informasi - Pakar
Vaksin influenza sebenarnya telah lama wujud dan digunakan sejak tahun 1930-an lagi.
KUALA LUMPUR: Walaupun Malaysia pernah berada di hadapan dalam pelaksanaan program vaksinasi COVID-19, negara ini masih ketinggalan dalam imunisasi influenza berbanding beberapa negara lain di rantau ini.
Menurut Pakar Perubatan Keluarga di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim, vaksin influenza sebenarnya telah lama wujud dan digunakan sejak tahun 1930-an lagi.
Jelasnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempunyai sistem pemantauan global yang mengenal pasti strain virus influenza di hemisfera utara dan selatan setiap tahun bagi memastikan keberkesanan vaksin yang dihasilkan.
“Untungnya kita di Malaysia, vaksin influenza dari mana-mana hemisfera pun tetap berkesan,” jelas beliau.
“Namun untuk COVID-19, vaksinnya masih baharu dan sistem pemantauannya belum sekuat influenza yang telah lama dipantau,” katanya ketika muncul dalam Agenda AWANI, pada Selasa.
Beliau berkata, pandemik COVID-19 bukan sahaja mengajar masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan, malah turut menimbulkan ketakutan terhadap vaksin akibat maklumat salah yang tersebar luas.
“Ramai yang takut dengan vaksin COVID-19 kerana banyak informasi salah dan tidak tepat tersebar, dan ketakutan itu akhirnya menjejaskan keyakinan terhadap vaksin influenza,” katanya lagi.
Tambahnya, langkah-langkah pencegahan asas seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dan menjaga jarak fizikal tetap penting dalam mengurangkan penularan penyakit pernafasan seperti influenza dan COVID-19.
Dalam pada itu, beliau memuji usaha kerajaan yang telah memulakan langkah memberikan subsidi vaksin influenza kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik.
“Kekangan utama kita adalah kos dan penerimaan masyarakat. Kalau kerajaan sediakan vaksin tetapi rakyat tidak bersedia untuk menerima, itu boleh jadi satu pembaziran sebenar,” ujarnya.
Beliau turut menyeru agar semua pihak memainkan peranan masing-masing, sama ada individu, keluarga, NGO mahupun kerajaan negeri, dalam meningkatkan kesedaran dan akses kepada vaksin influenza.
“Sebagai individu, lakukan pemeriksaan kesihatan berkala. Kalau kita tak buat pemeriksaan dan tak tahu ada penyakit kronik, ia akan meningkatkan risiko untuk jadi teruk atau menyebabkan kematian apabila dijangkiti influenza.
"NGO boleh bantu sebarkan maklumat yang betul, dan PIBG boleh bekerjasama dengan klinik swasta untuk vaksinasi di sekolah,” katanya.
“Kita tidak boleh serahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan pusat kerana Kementerian Kesihatan mempunyai banyak tugas lain,”ujarnya.
Beliau juga memuji inisiatif beberapa kerajaan negeri yang mula memperkenalkan program vaksinasi influenza di sekolah-sekolah, dan berharap langkah itu dapat diperluas ke seluruh negara.