Influenza, sejenis penyakit berjangkit yang boleh menimbulkan pelbagai komplikasi dan membawa kematian, tidak harus dipandang ringan kerana ancamannya sentiasa wujud terhadap kumpulan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak dan warga tua.
Presiden Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC), Prof Dr Zamberi Sekawi berkata golongan paling terkesan ialah kanak-kanak di bawah usia lima tahun, wanita hamil, warga tua berusia lebih 65 tahun serta jemaah haji dan umrah.
Selain itu penghidap penyakit pernafasan seperti asma serta penyakit obstruktif pulmonarikronik (COPD) dan juga mereka dengan penyakit kronik seperti diabetis dan jantung, katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Justeru, Pakar Perunding Mikrobiologi Klinikal dan Profesor Mikrobiologi Perubatan itu menyarankan agar setiap individu melindungi diri dengan mendapatkan vaksin terhadap flu sekurang-kurangnya dua minggu sebelum memulakan perjalanan.
"Jemaah haji khususnya patut mendapatkan vaksin influenza. Jangkitan saluran pernafasan diketahui sebagai penyakit yang paling mudah merebak semasa musim haji.
"Golongan dewasa boleh membuat pilihan gaya hidup yang membawa kepada perlindungan kesihatan lebih baik untuk diri sendiri, keluarga dan sebagai penjaga menerusi perbincangan dengan doktor seterusnya menambah ilmu tentang pemvaksinan," katanya.
Beliau berkata pemvaksinan dapat mengurangkan kesan penyakit terhadap masyarakat terutamanya mereka yang berisiko tinggi sekali gus menyelamatkan berjuta-juta nyawa setiap tahun.
"Lebih ramai rakyat Malaysia divaksinkan, lebih tinggi peluang untuk menjauhkan penyakit ini," katanya.
Terdahulu, satu sesi dialog media diadakan untuk membincangkan kelaziman penyakit influenza di negara ini. Sesi itu disampaikan MSIDC dengan sokongan firma farmaseutikal Sanofi Pasteur.
Panel itu dianggotai Prof Dr Zamberi; Pakar Runding Pediatrik dan Neonatalogi, Datuk Dr Musa Mohd Nordin; Pakar Perunding Geriatrik, Prof Dr Tan Maw Pin dan Pakar Perunding Kanan Perubatan Pernafasan, Prof Madya Dr Pang Yong Kek.
Pada masa sama, MSIDC turut melancarkan Kumpulan Kerja Influenza Malaysia (MIWG) yang bertujuan untuk menangani isu penting meliputi empat bidang utama iaitu pemantauan, dasar dan garis panduan, sokongan dan pendidikan serta penyelidikan. -- Bernama
Bernama
Fri Jul 20 2018
Pemvaksinan dapat mengurangkan kesan penyakit terhadap masyarakat terutamanya mereka yang berisiko tinggi sekali gus menyelamatkan berjuta-juta nyawa setiap tahun. - BERNAMA/Fail
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Senaman selamat, sesuai bagi pesakit AECOPD di hospital - Pakar fisioterapi
Individu yang menghidap COPD dan kerap melakukan senaman berpotensi untuk mengubah kesan negatif penyakit ini terhadap diri mereka.
Bekas Presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush, meninggal dunia
Kematian Bush menyusul selepas isterinya, bekas wanita pertama, Barbara Bush, yang meninggal dunia pada 17 April.
Influenza tidak harus dipandang ringan - Pakar
Influenza, sejenis penyakit berjangkit yang boleh menimbulkan pelbagai komplikasi dan membawa kematian, tidak harus dipandang ringan.