[INFOGRAFIK] Insiden kumpulan remaja berbasikal maut dirempuh

Astro Awani
Februari 20, 2017 04:05 MYT
Insiden remaja berbasikal maut dirempuh pada awal pagi Sabtu lalu mengajar kita semua untuk mengambil iktibar. - Gambar fail
INSIDEN remaja berbasikal yang maut dirempuh kenderaan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada awal pagi Sabtu masih menjadi tumpuan rakyat Malaysia.
Pelbagai sudut laporan sudah didedahkan kepada umum, dan ia telah menerima pelbagai maklum balas daripada pihak yang mempunyai pandangan masing-masing.
Dalam pada bersimpati dan menghormati keluarga mangsa yang terkorban, adalah wajar untuk semua pihak termasuk ibu bapa, anak-anak, pihak berkuasa dan komuniti setempat mengambil iktibar serta memainkan peranan.
Hanya langkah yang bersifat prihatin, bertanggungjawab dan menyedarkan dapat memastikan perkara yang seumpamanya tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah infografik yang mengimbas fakta kejadian yang meragut nyawa 8 remaja tersebut:
#infografik #jalan lingkaran dalam #Johor Bahru #remaja berbasikal maut