[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
MALAYSIA

Infografik: Kenali bahaya penyakit difteria

Nur Alya Mohamed 27/06/2016 | 14:08 MYT
Infografik mengenai difteria, satu jangkitan akut yang akan menjejaskan sistem penafasan. - Infografik oleh Nur Alya Mohamed
PADA 18 Jun lalu, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun meninggal dunia di Melaka akibat dijangkiti penyakit difteria.
Empat hari kemudian seorang lagi kanak-kanak berusia dua tahun di Kedah meninggal dunia akibat penyakit sama.
Beberapa hari lalu, Kementerian Kesihatan melaporkan kedua-dua mangsa tidak menerima imunisasi lengkap.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihati ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria.
Lihat infografik tersebut bagi mengetahui apa itu penyakit difteria:
Infografik Difteria
#difteria #penyakit