awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Infrastruktur berkualiti di sekolah penting untuk kejayaan pelajar

Bernama
Bernama
10/08/2022
06:59 MYT
Infrastruktur berkualiti di sekolah penting untuk kejayaan pelajar
Mah hang Soon berkata, kejayaan pelajar amat bergantung kepada kecekapan serta kreativiti guru menyampaikan pengajaran mereka. - Gambar fail
IPOH: Prasarana (infrastruktur) yang baik penting untuk persekitaran berkualiti kepada pelajar dan pihak sekolah sebagai asas kepada pembangunan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sahsiah mahupun intelek.
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mah Hang Soon berkata Kementerian Pendidikan (KPM) juga prihatin dan sedar bahawa kejayaan pelajar amat bergantung kepada kecekapan serta kreativiti guru menyampaikan pengajaran mereka.
"Kami sememangnya telah dan akan melaksanakan pelbagai pembaharuan terutama dalam memastikan institusi pendidikan di bawah kementerian mempunyai prasarana dan infrastruktur yang lengkap bagi memenuhi kehendak era Pendidikan Abad Ke-21," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Malim dekat sini hari ini.
Menurutnya pihak sekolah terutama guru juga harus lebih proaktif dalam mempromosikan sekolah sebagai institusi yang dapat menjana budaya kerja cemerlang, inovatif dan kreatif dari aspek penyampaian pengajaran kepada pelajar.
Beliau berkata hasrat ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya terdapat kekurangan pada prasarana, meskipun sekolah mempunyai guru yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP).
Terdahulu, Mah berkata selain memberikan keselesaan kepada warga sekolah dan komuniti setempat, dewan berkenaan diharapkan dapat menaikkan lagi semangat warga sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam melaksanakan tanggungjawab meningkatkan kualiti pendidikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Infrastruktur
#persekitaran pembelajaran
#modal insan
#Mah Hang Soon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan