Ingin sambut Tahun Baru 2019? Ini senarai jalan yang anda perlu elak

Rizal Zulkapli
Disember 30, 2018 09:05 MYT
Ingin sambut ambang tahun baru 2019 dengan tenang dan lancar? Rancang perjalanan dan parkir anda di Putrajaya. Foto: Wikipedia - Putrajaya
Sempena sambutan ambang tahun baru di Putrajaya pada Isnin, beberapa jalan di sekitar lokasi keraian akan ditutup.
Penutupan jalan membabitkan tujuh jalan di Presint 2 dan Presint 3 ini dijadual bermula pada jam 4 petang, 31 Disember hingga 2 pagi Selasa, 1 Jan 2019.
Berikut senarai jalan yang akan ditutup menjelang sambutan di Dataran Putrajaya, Presint 3:
1. Persiaran Perdana
2. Jalan Kemerdekaan
3. Jalan Pembangunan
4. Jalan P3f
5. Jalan P3c
6. Jalan P2k
7. Jalan P2p
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata pengunjung boleh meletak kenderaan mereka di lokasi ditetapkan dan bas perantara akan disediakan.
"Shuttle bus atau bas perantara akan beroperasi dari 6 petang 31 Dis hingga 1.30 pagi 1 Jan pada setiap 30 minit dari dua lokasi iaitu Putrajaya Sentral ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan dari bersebelahan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ke Galeria di Presint 4," kata Rosly.
Berikut sembilan lokasi parkir awam yang disediakan:
1. Berhampiran Suruhanjaya Tenaga
2. Menara Usahawan
3. Jabatan Pendaftaran Negara
4. Hotel Dorsett
5. Parkir Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin
6. Belakang Istana Kehakiman,
7. Parkir awam sekitar McDonald's Presint 2
8. Parkir di lot Pasar Tani Presint 2 Putrajaya
9. Monumen Alaf Baru
Jelas beliau, jika lokasi padat dengan kenderaan, lencongan akan dibuat secara berperingkat dan antara jalan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Tun Hussein.
#Ambang Tahun Baru 2019 #jalan tutup #Parkir di Putrajaya #Putrajaya #Sambutan Tahun Baru 2019