KUALA LUMPUR :Pejabat Peguam Negara memutuskan tidak akan mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang dilaporkan ingkar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata selepas meneliti kertas siasatan, Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan ke atas menteri itu memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan terhadapnya.
"Kertas siasatan telah rujuk ke pejabat peguam negara dan arahan untuk kes ini no further action (NFA) atas alasan menteri tak diserahkan dengan borang 14b di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin," kata Huzir.
Pada 24 Ogos lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata kerajaan memandang serius kes dakwaan pelanggaran perintah kuarantin oleh Mohd Khairuddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpendirian setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali.
Muhyiddin sekali lagi mengulangi pendirian sama pada sesi sidang media secara maya pada Selasa lalu dengan menyatakan polis sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara.
Pemimpin PAS itu sudah dikenakan kompaun RM1,000 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib dan membayarnya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika sesi persidangan Dewan Rakyat mempertikaikan mengenai ketidakpatuhan arahan kuarantin wajib oleh Mohd Khairuddin.
Berikutan itu, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dikritik banyak pihak kerana mengingkari arahan kuarantin wajib seperti diarahkan pihak berkuasa.
Berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Malaysia (e), seorang Ahli Parlimen boleh hilang kelayakan jika dikenakan hukuman denda minimum RM2,000 atau penjara lebih daripada setahun.
Astro Awani
Wed Oct 21 2020
Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan ke atas Mohd Khairuddin Aman. -Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ingkar kuarantin, PDRM buru individu sebaik dikesan 'check-in' premis
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu individu yang melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) sebaik mereka mendaftar masuk ke mana-mana premis.
COVID-19: Wanita ingkar kuarantin wajib antara lima kes baharu Thailand
Wanita warga Thailand yang baru pulang dari Myanmar dan tidak menjalani kuarantin wajib adalah antara lima kes baharu positif COVID-19 di Thailand yang dilaporkan hari ini.
Ingkar kuarantin: Pejabat Peguam Negara putuskan tiada pendakwaan ke atas Khairuddin - Pengarah JSJ
Pemimpin PAS itu sudah dikenakan kompaun RM1,000 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib dan membayarnya.
Menteri ingkar kuarantin: Pegawai atasan KKM tidak dimaklumkan - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham berkata mereka hanya mengetahui tentang perkara itu pada minggu lepas menerusi laporan media.
Ingkar Perintah Kuarantin: Tiada lagi kompaun, tetapi terus ke mahkamah
Jika ada individu yang sengaja melanggar kuarantin, tidak lagi dikenakan kompaun, tetapi akan terus dihadapkan ke mahkamah.
'Makcik' degil ingkar kuarantin: Identiti bakal diketahui dalam masa terdekat
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata turut akan disahkan ialah kafe yang dikatakan menjadi tempat individu berkenaan makan.