Ingkar PKP: 443 individu ditahan, 404 kompaun dikeluarkan

Umavathi Ramayah
Februari 19, 2021 11:07 MYT
Ismail Sabri Yaakob berkata, 443 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP, semalam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 443 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan di sini hari ini berkata, daripada jumlah itu, 404 individu dikompaun manakala 39 lagi direman.
Antara kesalahan direkodkan adalah seperti berikut:
  • Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (84 individu)
  • Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (68 individu)
  • Tidak memakai pelitup muka (64 individu)
  • Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (29 individu)
  • Keluar rumah tanpa alasan munasabah (20 individu)
  • Aktiviti perjudian (19 individu)
  • Membawa penumpang berlebihan (15 individu)
  • Ingkar arahan kuarantin ( dua individu)
  • Lain-lain (enam individu).
  • Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 12,763 warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 semalam dan daripada jumlah itu, 27 disahkan positif COVID-19.
    Katanya, secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia memaklumkan seramai 412,925 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19, melibatkan 19,721 majikan di seluruh negara.
    "Daripada jumlah ini, seramai 7,580 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 405,345 lagi adalah negatif," jelasnya.
    #ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #COVID-19 #warga asing #pelitup muka #ujian saringan #SOP