awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar PKP kerja di pusat snuker, dua lelaki dipenjara

Bernama
Bernama
16/06/2021
08:32 MYT
Ingkar PKP kerja di pusat snuker, dua lelaki dipenjara
Kedua-dua tertuduh diarah menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 30 Mei. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Dua lelaki warga Indonesia dipenjara 20 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bekerja di sebuah pusat snuker.
Majistret Muhammad Iskandar Zainol menjatuhkan hukuman itu ke atas Vinoris Mendonca Amaral, 27, dan rakannya Yuvanalis Manek, 26, selepas mereka mengaku bersalah gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengambil langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit dengan bekerja di sebuah pusat snuker di Damansara Jaya di sini pada 4 petang, 30 Mei lepas.
Mereka didakwa telah melanggar Peraturan 9, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 17(1) peraturan sama yang boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 30 Mei.
Terdahulu, kedua-dua lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan mereka menanggung keluarga di Indonesia, namun Timbalan Pendakwa Raya Zamriah Zarifah Aris memohon hukuman setimpal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjara
#ingkar PKP
#total lockdown
#kerja
#pusat snuker
#mei
#Damansara Jaya
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan