MALAYSIA
Ingkar PKPB: Lapan individu ditahan main sepak takraw
Kesemua individu berusia 19 hingga 26 tahun itu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan berkumpul secara beramai-ramai. - Foto ihsan polis
Lapan lelaki ditahan dalam Op COVID-19 di padang permainan Bandar Perdana dekat Sungai Petani, Kedah ketika bermain sepak takraw.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, tangkapan dilakukan pada jam 6 petang Khamis ketika polis sedang melakukan rondaan.
Kesemua individu berusia 19 hingga 26 tahun itu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan berkumpul secara beramai-ramai.
Mereka gagal memberi penjelasan yang munasabah terlibat atau menyertai perhimpunan aktiviti sosial dan telah melanggar Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Langkah-langkah di dalam Kawasan.
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut dan dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

#Kedah
#Op Covid
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#PKPB
#polis
#Polis Daerah Kuala Muda
#sepak takraw
#Sungai Petani