Ingkar SOP: 52 ditahan polis, ini fakta penting pelaksanaan PKPP

Harits Asyraf Hasnan
Julai 15, 2020 06:50 MYT
Sejumlah 52 individu ditahan polis selepas didapati ingkar mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pematuhan (PKPP). - Foto BERNAMA
Sejumlah 52 individu ditahan polis selepas didapati ingkar mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Pematuhan (PKPP).
Berikut beberapa fakta penting kenyataan media dikeluarkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
* 52 individu ditahan polis kerana kesalahan ingkar arahan PKPP, 11 direman, seorang dijamin manakala 40 dikenakan kompaun.
* Antara kesalahan ingkar PKPP: Aktiviti orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial, aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
* Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan lima warganegara asing atas kesalahan imigresen.
* 477 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air, semua diarah kuarantin di rumah.
* Penguatkuasa CIDB mengarahkan 19 tapak binaan tutup kerana tidak mematuhi SOP.
#Imigresen #ismail sabri yaakob #Malaysia #PDRM #penjarakan sosial #perintah kawalan pergerakan #PKPP #rakyat Malaysia #rumah #SOP