Ini amaran ribut petir di lapan negeri di Pantai Barat

Bernama
Oktober 10, 2018 23:00 MYT
Berhati-hatilah ketika berada di luar rumah. - Gambar hiasan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga 11 pagi Khamis (11 Okt).
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan serupa juga dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka, Tioman, Condore dan Bunguran sehingga tempoh yang sama.
Keadaan ini menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil, kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
#ramalan cuaca #ribut petir #Semenanjung