KUALA LUMPUR : AEON CO (M) Bhd (AEON) buat julung kali memperkenalkan produk digitalnya dengan tema 'Kuih Raya Kita' yang memanfaatkan teknologi 'Non-Fungible Tokens' (NFT).
Ini sekaligus menjadi AEON sebagai jenama pasaraya pertama di Asia Tenggara yang memanfaatkan teknologi NFT dalam strategi pemasarannya.
Ketua Pegawai Komersial Dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata, usaha yang dilaksanakan itu bagi memperluaskan bidang teknologi seperti NFT kepada orang ramai, sekali gus membantu artis tempatan.
"Ini sebagai pelengkap kepada proses memelihara tradisi kuih raya di alam digital melalui teknologi NFT.
"Jadi, di AEON kita bukan sahaja boleh menikmati kuih raya secara fizikal untuk mengisi perut tetapi kita juga boleh memiliki tradisi, sejarah, budaya dan seni di alam digital.
“Ini bermakna selain boleh dijadikan cenderahati untuk kenang-kenangan ia juga boleh menjadi harta yang tidak ternilai dan kebanggaan dengan apa yang dimiliki di Malaysia iaitu tradisi kuih tradisional kita, khususnya kepada negara luar. Itulah objektif utama kita," katanya.
Bagaimana teknologi NFT membantu jenama besar?
Setiap 'kuih raya' yang ditempa (mint) menggunakan teknologi rantaian blok (blockchain), bersifat unik, sekaligus menjadikan setiap pemilik kuih raya ini memiliki kuih raya tersebut di alam digital.
Tambah Yuen, selain memelihara tradisi kuih raya di alam digital, melalui NFT, banyak peluang baharu turut muncul terutamananya dalam membantu artis tempatan untuk meneroka potensi yang ada pada dunia metaverse.
Baginya, dengan memperkenalkan NFT ini, setiap pemilik akan duduk bersama dengan jenama mereka untuk menikmati faedah serta utiliti yang telah digariskan serta dikemaskini dari masa ke masa
Sementara itu, Pengasas Meta Universe Sdn Bhd, Khalid Ghibran berkata, selain membantu mengaktifkan komuniti yang menggunakan sesuatu jenama, ia juga mampu membantu program pemasaran di masa depan.
“Sejak tujuh tahun lalu, kami telah melakukan kempen pemasaran untuk memacu jualan mendapatkan pelanggan baharu dan membina royalti. Itu adalah salah satu sebab keterlibatan kami dalam kempen ini," katanya.
Apa itu NFT?
NFT atau 'Non Fungible Token' merupakan data pemilikan aset digital yang disandarkan menerusi teknologi rantaian blok (blockchain).
Sifatnya unik menjadikan setiap aset yang telah ditempa (mint) ke dalam sistem blockchain tidak boleh ditukar ganti dengan yang lain.
Jadi, setiap aset NFT akan dilengkapi dengan maklumat pemilik serta maklumat lain seperti harga, masa ia ditempa (mint) dan lain-lain.
Bagaimana NFT membantu artis?
Keupayaan yang ada pada teknologi NFT sangat mengujakan artis atau karyawan memandangkan teknologi ini boleh membantu mereka dalam menguruskan royalti karya mereka secara automatik melalui sistem kontrak pintar yang ada pada teknologi rantaian blok (blockchain).
Bagi Afi Sulaiman dan Izzati Suza, peluang untuk bekerjasama dengan AEON dalam projek NFT ini banyak membantu mereka untuk mengetengahkan bakat yang ada bagi tujuan komersial.
Menerusi edisi pertama, pelanggan aeon boleh menebus sebanyak 16 reka bentuk secara percuma sehingga 1 Mei ini, dengan setiap edisi terhad kepada 1,250 unit.
Eton Khir
Fri Apr 29 2022

(Dari kiri) Khalid Gibran, Low Ngai Yuen, Afi Sulaiman dan Izzati Suza sewaktu pelancaran kempen. - Astro AWANI

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

Perlis perkasa program agama tangani gejala sosial
Kerajaan Perlis akan perkasa program keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial terutamanya masalah penagihan dadah dan arak di negeri tersebut.

Malaysia laksana tugas dengan cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN pada detik genting - Pengerusi FPCI
Dunia kini berada dalam keadaan yang amat sukar dan sistem antarabangsa sedang menghadapi tekanan hebat.

Sarawak sokong matlamat ASEAN di sebalik cabaran ekonomi global
Sarawak sehaluan dan secara aktif menyumbang kepada ASEAN, membuktikan bahawa pemeliharaan alam sekitar dan perpaduan sosial boleh berjalan seiring.

ASEAN seru ekosistem digital yang selamat, inovatif dan terangkum
Para pemimpin digital ASEAN memperbaharui komitmen untuk membentuk masa depan digital yang selamat dan terangkum.

PERANTIS tangani penurunan perwakilan wanita - Nancy
Kemerosotan perwakilan wanita Malaysia dalam politik bukan disebabkan oleh kekurangan sokongan dalam parti tetapi budaya politik yang telah lama diamalkan.

ASEAN perlu pelbagaikan hubungan dagang tingkatkan daya tahan - Ahli ekonomi
Rantau ASEAN tidak lagi boleh bergantung secara berlebihan kepada mana-mana rakan ekonomi tunggal.

Thailand akan uji sistem amaran bencana melalui telefon bimbit mulai Mei
Ia sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Banyak kutip duit raya anak? Simpan SSPN solusi terbaik
Literasi kewangan terutama amalan menabung di Malaysia ketika ini masih lagi rendah, menurut dapatan kaji selidik daripada Jawatankuasa Kerja Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN).

Kuota kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: Cadangan perlu penelitian - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan semua pihak perlu meneliti cadangan meminda jumlah kerusi Parlimen untuk memenuhi kuota satu pertiga atau 35 peratus.

PM Anwar hadir majlis rumah terbuka Ahmad Zahid di Sri Satria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri yang dihoskan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, hari ini.

Op Selamat 24 catat penurunan 41 peratus kes kemalangan maut
Jumlah kemalangan maut menurun kepada 77 kes berbanding 131 kes tahun lepas.

Aidilfitri: Kutipan sampah meningkat lebih dua kali ganda di Kelantan
Secara purata 200 tan metrik sampah dikutip setiap hari sebelum ini, sepanjang Aidilfitri angka itu meningkat kepada 400 tan metrik sehari.

Tak sangka Aidilfitri terakhir bersama adik - Waris
Kakak salah seorang mangsa yang maut akibat lemas dalam lubang pembetung di Lenggong pagi tadi tidak menyangka sambutan Aidilfitri kali ini merupakan yang terakhir bersama adik tersayang.

Anwar terima kunjungan Prabowo, bincang isu serantau
Perbincangan itu turut menyentuh usaha dan tindakan bersama kepada rakyat Myanmar yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini.

Aidilfitri: Trafik sesak di Lebuhraya KL-Karak, perlahan di lebuh raya utama lain
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju ibu negara dilaporkan sesak dan perlahan setakat 3.15 petang ini.

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar setakat 9 pagi ini
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bergerak perlahan dari Bentong Barat ke Lentang serta selepas Plaza Tol Bentong.

Aidilfitri: Kesesakan di Lebuhraya KL-Karak dijangka berterusan hingga malam esok - LLM
Kesesakan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka berterusan hingga malam esok selepas cuti panjang Hari Raya Aidilfitri.