MALAYSIA
Ini mungkin Forum Nikkei terakhir saya - Tun Mahathir
Dr Mahathir Mohamad menyertai Forum Antarabangsa Nikkei ke-30 di Tokyo, Jepun yang berlangsung dari 29 hingga 30 Mei. - FB Tun Mahathir Mohamad
TOKYO: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan tentang penyertaan terakhir beliau ke Forum Antarabangsa Nikkei yang ketika ini edisi ke-30 forum itu sedang berlangsung di sini.
Ringkasan AI
Beliau berkata selama 30 tahun dirinya tidak pernah terlepas dari menghadiri persidangan membincangkan ekonomi, teknologi dan masa depan Asia itu, melainkan ketika jatuh sakit atau kekangan tertentu.
"Sepanjang 30 tahun ini, saya terlepas tiga kali kerana tidak sihat dan larangan COVID-19.
"Ini mungkin penyertaan terakhir saya untuk forum ini, saya menghargainya kerana ia menyediakan platform untuk berkongsi idea dan buah fikiran mengenai masa depan Asia.
"Saya harap Forum Nikkei terus sukses di masa mendatang," ujarnya menerusi satu hantaran di laman Facebook pada Sabtu.
Dalam perkongsian sama, Dr Mahathir turut menyatakan pandangan beliau mengenai tarif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dilontarkan ketika forum terbabit.
"Ramai yang bertanya kepada saya tentang impak tarif Trump, saya jangka dalam masa tiga bulan Trump bakal menarik semula tarifnya kerana menyedari kesan buruk ke atas pasaran domestik mereka, harga import akan menjadi mahal.
"Sampai satu tahap, Trump perlu menyemak semula idea untuk mengenakan tarif ini. Pada ketika ini pun, kita sudah dapat lihat peranti elektronik dikecualikan daripada tarif tersebut.
"Malah Mahkamah Agung Amerika Syarikat sendiri mencabar kesahihan kuasa Presiden dalam mengenakan tarif," jelas Dr Mahathir.
Topik lain dikupas di forum itu antaranya mengenai Dasar Pandang ke Timur yang dirintis beliau.
"Industri Jepun secara konsisten melakukan penyelidikan produk baharu termasuk rawatan penyakit. Saya kagum dengan budaya kerja mereka," katanya.
Ringkasan AI
- Penyertaan Terakhir di Forum Nikkei: Dr Mahathir memberi bayangan bahawa ini mungkin penyertaan terakhirnya selepas menghadiri forum ini selama 30 tahun, kecuali ketika sakit atau sekatan COVID-19.
- Pandangan terhadap Tarif Trump: Beliau menjangkakan bahawa Donald Trump mungkin akan menarik semula tarifnya dalam masa tiga bulan kerana kesan buruk terhadap pasaran domestik AS.
- Dasar Pandang ke Timur: Dr Mahathir turut membincangkan Dasar Pandang ke Timur, memuji budaya kerja Jepun dan penyelidikan mereka dalam inovasi serta rawatan penyakit.