awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hari pertama persekolahan SJKC Ladang Regent Elmina meriah, AI jadi tarikan utama
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini puncanya pelajar perempuan bertudung bawa anjing jalan-jalan - UPM

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2018
13:21 MYT
Ini puncanya pelajar perempuan bertudung bawa anjing jalan-jalan - UPM
Ketiga-tiga pelajar Doktor Perubatan Veterinar (DPV) itu sedang menjalani latihan praktikal luar kampus.- Foto media sosial
Universiti Putra Malaysia (UPM) menjelaskan tiga wanita Islam membawa anjing yang tular melalui sebuah klip video kelmarin merupakan pelajar dari Fakulti Perubatan Veterinar (FPV).
Pengarah Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Profesor Dr Nor Kamariah Noordin berkata ketiga-tiga pelajar Doktor Perubatan Veterinar (DPV) itu sedang menjalani latihan praktikal luar kampus.
Menurutnya, dalam pengajian itu, pelajar yang beragama Islam tidak terkecuali untuk mengendalikan pelbagai spesis haiwan termasuk anjing dan babi.
"(Dalam pengajian ini) ia melibatkan semua spesis haiwan samada yang kecil atau besar seperti kucing, anjing, babi, burung, ayam, lembu, rusa, ikan, gajah dan lain-lain haiwan.
"Keperluan ini adalah merupakan syarat bergraduat program DPV yang dikawal oleh Majlis Veterinar Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kelmarin rakaman video berdurasi 34 saat menjadi tular yang mendakwa tiga wanita bertudung membawa anjing bersiar-siar di tempat awam.
Pelajar-pelajar tersebut sedang menjalani latihan praktikal luar kampus selama seminggu mulai 2 Julai hingga 8 Julai di PAWS Animal Welfare Society, Subang Selangor.
Namun katanya, pihak universiti sentiasa memastikan kebajikan para pelajar terpelihara termasuk menyediakan kemudahan menyamak setiap kali selesai sesi latihan.
Dalam pada itu, Nor Kamariah menegaskan video tersebut bukan menggambarkan secara keseluruhan dakwaan orang ramai mengenai isu menyentuh anjing oleh orang Islam yang ditularkan.
Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata latihan praktikal luar kampus merupakan sebahagian daripada syarat keperluan pengajaran dan pembelajaran program DPV.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, individu yang memuatnaik video tersebut dikecam netizen selepas fakta sebenar berkaitan dakwaan itu didedahkan.
Topic Berkaitan
#anjing
#Babi
#Islam
#Malaysia
#pelajar
#perubatan
#Perubatan Veterinar
#Universiti Putra Malaysia
#UPM
#video
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan