Ini reaksi netizen bila CNN iktiraf cendol berasal dari Singapura

Asyraf Roslan
Disember 4, 2018 02:51 MYT
Cendol durian juga antara cendol yang sangat enak dinikmati bersama keluarga dan teman ketika musim panas - Instagram/@amirsaid
Cendol merupakan satu makanan atau pencuci mulut yang sangat enak dinikmati pada musim panas.
Rasanya yang manis dan sejuk memberikan kenikmatan yang tidak terhingga.
Tapi dari manakah asalnya cendol.
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis cendol antaranya ialah Cendol Kacang Merah, Cendol Durian, Cendol Pulut dan Cendol Sawit.
Portal CNN baru-baru ini melaporkan dalam satu artikelnya 50 of the world's best desserts dengan menyatakan Cendol yang sedap berasal dari Singapura.
Menurut CNN, tambahan kacang merah membuatkan rasa cendol di Singapura lebih klasik dan sedap.
Namun susulan laporan CNN itu, rata-rata rakyat Malaysia 'mempertikaikan' perkara itu dan ini merupakan reaksi yang diberikan berhubung isu terbabit melalui Twitter dan Facebook Astro AWANI.
Menurut @dyeanadia11 di twitter, CNN tidak pernah merasai cendol yang terbaik di Malaysia

Mesti pemberita tu xpenah cendol sedap kat Malaysia... kalau dia da rasa sure dia tarik balik kenyataan tu.. Kesian dia.. pity u CNN.. x habis explore lagi tu..meh datang Malaysia meh

— Dallia Valqish (@dyeanadia11) December 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
@IzzatPelukis pula menyatakan bahawa cendol yang sedap adalah yang dibuat oleh semua ibu.

Bagi sy, cendol paling sedap adalah cendol buatan air tangan ibu kita. Memang terbaik sedapnya..

— Izzat Pelukis Gondrong (@IzzatPelukis) December 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
@jaigiee pula berpendapat tidak kisah dari mana asal usul cendol itu, yang pasti Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan.

cendol tu berasal dari mana pon biar la kat cendol tu,, yg penting org taw malaysia ni ada perbagai j3nis makanan,,

— jai arhen (@jaigiee) December 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Di Facebook pula, Carl Ryan Bravely BL menyatakan CNN hanya melaporkan mengikut penilaian mereka sahaja dan tiada kena mengena dengan asal usul datangnya cendol itu.
#cendol #CNN #Malaysia #pertikai #Singapura