PELBAGAI persoalan dibangkitkan berhubung sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa 18 Mac hingga 28 April depan.
Berikut adalah panduan berdasarkan pertanyaan popular, yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

BAHAGIAN 1: SOALAN UMUM MENGENAI PERMOHONAN

1. Apakah sektor-sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Hanya sektor-sektor ekonomi tambahan terpilih sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP, tertakluk kepada kelulusan dan protokol kesihatan dan keselamatan. Senarai sektor-sektor ekonomi terpilih adalah seperti di Lampiran 1.

Senarai ini merupakan senarai tambahan kepada senarai perkhidmatanperkhidmatan asas yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta senarai sektor pembuatan produk kritikal yang dikeluarkan oleh MITI (Lampiran 2) pada 18 Mac 2020.

2. Bolehkah syarikat di dalam sektor yang tidak tersenarai di Lampiran 1 atau Lampiran 2 beroperasi sepanjang tempoh PKP?

Tidak. Hanya syarikat di dalam sektor yang disenaraikan sahaja dibenarkan untuk beroperasi, tertakluk kepada permohonan dan protokol kesihatan dan keselamatan.

3. Perlukah syarikat saya membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan sekiranya syarikat saya dikategorikan dalam Lampiran 1?

Ya, syarikat perlu membuat permohonan di COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 2.0 melalui pautan laman sesawang https://application.miti.gov.my. Permohonan tersebut akan bermula pada hari
Isnin, 13 April 2020, bermula dari jam 9.00 pagi.

4. Berapa lamakah tempoh bagi memproses permohonan beroperasi tersebut dan bagaimanakah surat kelulusan diberikan kepada syarikat?

Pemprosesan akan mengambil masa lima (5) hari. Surat kelulusan akan dikeluarkan oleh CIMS 2.0. Syarikat disarankan untuk menyemak status permohonan di sistem tersebut dari semasa ke semasa. Syarikat hanya boleh memulakan operasi selepas mendapat surat kelulusan daripada MITI.

5. Sekiranya saya telah mendapat kelulusan MITI untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, perlukah saya mengemukakan semula permohonan?

Sistem baharu akan mengeluarkan surat kelulusan dengan kod QR yang memudahcara pergerakan pekerja dan operasi syarikat. Sehubungan dengan itu, semua syarikat yang telah mendapat kelulusan MITI disarankan untuk mengemukakan semuala permohonan di CIMS 2.0.

6. Sekiranya saya telah mendapat kelulusan MITI untuk beroperasi sewaktu PKP tetapi ingin menambah kapasiti tenaga kerja, bolehkah saya mengemukakan semula permohonan?

Boleh, semua syarikat yang telah mendapat kelulusan MITI boleh mengemukakan semula permohonan di CIMS 2.0 bagi penambahan kapasiti tenaga kerja.

7. Sekiranya permohonan untuk beroperasi sewaktu tempoh PKP saya telah ditolak sebelum ini, bolehkah saya mengemukakan semula permohonan?

Ya, boleh.

8. Sekiranya saya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan/ Kementerian Pertanian dan Industri Makanan/ Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna/ Kementerian Industri Utama/
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Pihak Berkuasa Tempatan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, perlukah saya mengemukakan semula permohonan?


Ya, perlu

9. Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan?

Sila log masuk ke CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my untuk menyemak status permohonan. Oleh sebab kekangan teknikal, semakan permohonan melalui panggilan telefon tidak dapat dilaksanakan.

10. Sekiranya permohonan saya telah ditolak, bolehkah saya membuat rayuan?

Ya, rayuan boleh dibuat melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my.

11. Selain daripada permohonan atas talian, bolehkah saya mengemukakan permohonan melalui e-mel atau cara alternatif?

Tidak boleh.

12. Sekiranya syarikat saya beroperasi di beberapa lokasi yang berlainan, perlukah saya membuat permohonan berasingan?

Tidak perlu. Syarikat boleh mengemukakan sebanyak 10 alamat berlainan dalam satu permohonan.

13. Siapakah yang layak/ bertanggungjawab mengemukakan permohanan?

Pengarah Pengurusan, Pengarah, Pengarah Projek, Pengurus Projek atau sesiapa yang diberi kuasa oleh syarikat?

Sesiapa yang diberi kuasa oleh syarikat layak/ bertanggungjawab mengemukakan permohonan.

14. Perlukah saya mengemukakan senarai pembekal dan maklumat sulit lain kepada MITI atau Persatuan?

Senarai pembekal dan maklumat sulit lain hanya perlu dikemukakan kepada MITI melalui CIMS 2.0.



BAHAGIAN 2: OPERASI PERNIAGAAN

15. Bolehkah syarikat memulakan operasi sejurus selepas kelulusan diterima?

Ya, syarikat boleh memulakan operasi, tertakluk kepada syarat-syarat yang tertera dalam surat kelulusan MITI.


16. Sekiranya syarikat saya dikategorikan berada di dalam kawasan warta merah, bolehkah syarikat saya dipertimbangkan untuk beroperasi?

Premis perniagaan yang berada di dalam kawasan warta merah adalah tertakluk kepada arahan MKN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

17. Bolehkah saya beroperasi dengan kapasiti tenaga kerja 100%?

Syarikat hanya boleh beroperasi dengan kapasiti tenaga kerja yang diluluskan oleh MITI.

18. Bolehkah saya beroperasi sepenuh masa?

Syarikat hanya boleh beroperasi setelah mendapat kebenaran daripada MITI. Waktu operasi adalah tertakluk kepada arahan dan pematuhan syarat-syarat MKN, Kerajaan Negeri dan PBT.

19. Apakah protokol kesihatan dan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh syarikat yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP?

Protokol kesihatan dan keselamatan di bawah Standard Operating Procedure (SOP) boleh diperolehi di CIMS 2.0. Syarikat diwajibkan membaca dan bersetuju dengan SOP sebelum membuat pendaftaran dalam sistem tersebut.

20. Sekiranya syarikat saya tidak dikategorikan dalam Lampiran 1 tetapi saya membekalkan produk/perkhidmatan (seperti bahan mentah, perkhidmatan logistik) kepada syarikat yang dibenarkan beroperasi, bolehkah saya dibenarkan beroperasi juga?

Sila mengemukakan permohonan melalui CIMS 2.0. Syarikat hanya boleh beroperasi setelah mendapat kebenaran daripada MITI.

21. Sekiranya syarikat saya dikategorikan dalam Lampiran 1, bolehkah syarikat saya mendapatkan perkhidmatan daripada pembekal produk/perkhidmatan (seperti penyelenggaran mesin, alat ganti) yang
tidak dikategorikan?


Boleh, tertakluk kepada protokol kesihatan dan keselamatan. Pembekal produk/perkhidmatan diwajibkan membuat permohonan melalui CIMS 2.0. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.


22. Sekiranya saya pernah diluluskan untuk meletakkan peralatan pengilangan dalam keadaan siap siaga tetapi dikategorikan dalam Lampiran 1, bolehkah saya beroperasi sepanjang tempoh PKP?

Ya, boleh. Syarikat adalah diwajibkan membuat permohonan dan mengemaskini maklumat melalui CIMS 2.0 di pautan laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

23. Sekiranya syarikat yang diluluskan untuk beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP telah melanggar syarat-syarat beroperasi, adakah syarikat akan dikenakan denda/penalti selain daripada ditarik balik kelulusan yang telah diberikan?

Ya, ia adalah satu kesalahan jenayah di bawah Peraturan 7 PeraturanPeraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LangkahLangkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau keduaduanya sekali.
Syarikat juga boleh dikenakan tindakan undang-undang, tertakluk kepada undang-undang, peraturan, atau undang-undang kecil berkaitan dengan bidang perniagaan.

24. Bolehkah syarikat memenuhi kesemua permintaan dan keperluan produk keluaran atau perkhidmatan bagi pasaran eksport?

Ya, syarikat yang telah dibenarkan beroperasi oleh MITI boleh memenuhi kesemua permintaan dan keperluan produk keluaran atau perkhidmatan bagi pasaran eksport.

25. Bagi menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman di premis dan kilang, bolehkah syarikat mendapatkan perkhidmatan profesional thirdparty?

Ya, boleh.

26. Perlukah pembekal perkhidmatan utama, termasuk pembekal, kontraktor, syarikat pengangkutan dan lain-lain, mengemukakan permohonan berasingan?

Ya, perlu. Walau bagaimanapun, pembekal perkhidmatan dalaman tidak perlu
mengemukakan permohonan.



BAHAGIAN 4: SUMBER MANUSIA


27. Syarikat saya telah memperolehi surat kelulusan beroperasi. Walau bagaimanapun, syarikat saya tidak dibenarkan beroperasi oleh pihak berkuasa. Pekerja syarikat saya juga tidak dibenarkan bergerak/ ditahan oleh pihak berkuasa dalam perjalanan ke premis syarikat. Apakah yang boleh saya lakukan?

Senarai syarikat yang telah diluluskan beroperasi akan dibekalkan kepada MKN, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk tujuan penguatkuasaan. Syarikat/ pekerja perlu mengemukakan surat kelulusan untuk memudahcara proses semakan dalam sistem oleh pihak berkuasa.

28. Sekiranya semua protokol kesihatan dan keselamatan (social distancing, pemakaian topeng muka, penggunaan hand sanitiser, pemantauan suhu pekerja, jadual makan secara berperingkat dan lain-lain) telah dipatuhi, adakah syarikat saya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti tenaga kerja yang lebih tinggi?

Tidak. Syarikat hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti tenaga kerja yang diluluskan oleh MITI.

29. Sekiranya mana-mana pekerja yang disenaraikan tidak dapat hadir (cuti sakit/ rehat/ kecemasan), bolehkah pekerja tersebut digantikan dengan pekerja lain tanpa memberi notifikasi kepada MITI?

Ya tetapi pekerja tersebut hanya boleh digantikan dengan pekerja yang telah disenaraikan dalam permohonan syarikat.

30. Adakah syarikat saya dibenarkan menambah peratus kapasiti tenaga kerja semasa menunggu kelulusan MITI?

Tidak.

31. Bagi syarikat yang menggunakan perkhidmatan berpusat (centralised services) (terletak di ibu pejabat tetapi menyediakan perkhidmatan sokongan berpusat kepada entiti pengilangan), bolehkah pekerja utama (IT, Sumber Manusia, Kewangan) menjalankan tugasan di premis perkhidmatan berpusat untuk membekalkan perkhidmatan tersebut?

Boleh, hanya sekiranya pekerja tersebut telah disenaraikan dalam permohonan
syarikat perkhidmatan pusat.


BAHAGIAN 4: TOPIK KHUSUS KEPADA SEKTOR INDUSTRI LOGISTIK

32. Adakah syarikat logistik dibenarkan beroperasi?

Ya, tertakluk kepada kelulusan MITI. Sila membuat permohonan melalui CIMS 2.0. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

33. Bolehkah trak logistik beroperasi 24 jam atas jalan raya untuk memberikan perkhidmatan logistik kepada pelanggan domestik?

Waktu operasi adalah tertakluk kepada arahan Kementerian Pengangkutan.

34. Syarikat saya dibenarkan beroperasi. Walau bagaimanapun, syarikat pembekal saya tidak dibenarkan beroperasi. Bolehkah lori syarikat saya bergerak ke kilang pembekal untuk mengambil bahan yang diperlukan untuk meneruskan aktiviti pembuatan?

Ya, boleh dengan syarat lori syarikat anda membawa bersama salinan surat kelulusan MITI untuk memudahcara pergerakan tersebut.

35. Apakah jenis dokumen yang perlu dikemukakan oleh pembekal perkhidmatan semasa perjalanan jauh/ pergerakanan merentas sempadan (daerah/ negeri) untuk hadir bekerja? Adakah pekerja perlu juga mengemukakan permit pekerja/ permit syarikat/ pesanan pembelian kapada pihak berkuasa?

Syarikat yang telah dibenarkan beroperasi perlu mengemukakan salinan surat kelulusan kepada semua pekerja. Bagi memudahcara pergerakan pekerja ke premis syarikat, pekerja disarankan untuk membawa bersama salinan surat kelulusan dan pas pekerja.

36. Syarikat saya telah dibenarkan beroperasi di Rawang. Pelanggan saya dibenarkan beroperasi di Kota Bahru. Bolehkah lori syarikat saya menghantar bahan kepada pelanggan tersebut sekiranya jarak perjalanan melebihi 450 km?

Ya, boleh dengan syarat lori syarikat anda membawa bersama salinan surat kelulusan MITI untuk memudahcara pergerakan tersebut. Walau bagaimanapun, perjalanan merentas sempadan adalah tertakluk kepada protokol kesihatan dan keselamatan yang ditentukan oleh MKN dan Kementerian Kesihatan


PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN (RESEARCH & DEVELOPMENT (R&D))

37. Adakah aktiviti R&D hanya termasuk R&D di makmal komersial atau juga termasuk R&D dalaman (in-house)?

Ya, dibenarkan untuk kedua-duanya sekali. 38. Syarikat saya menjalankan aktiviti R&D yang tidak dikategorikan dalam senarai sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi. Bolehkah saya membuat permohonan menambah kapasiti tenaga kerja supaya aktiviti tersebut boleh diteruskan?

Syarikat hanya dibenarkan menjalankan aktiviti R&D untuk sektor yang dibenarkan beroperasi. Walau bagaimanapun, syarikat wajib membuat permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang
https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.


PEMBINAAN DAN BAHAN BINAAN

39. Sekiranya syarikat saya melaksanakan beberapa projek-projek pembinaan atau perkhidmatan berkaitan pembinaan, perlukah saya mengemukakan permohonan untuk setiap satu projek tersebut?

Ya, syarikat perlu mengemukakan permohonan untuk setiap satu projek.

40. Perlukah kontraktor yang menjalankan kerja pembinaan, pengubahsuaian atau pemasangan mesin membuat permohonan?

Ya, syarikat kontraktor perlu mengemukakan permohonan secara berasingan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

41. Kontraktor utama diwajibkan untuk membuat permohonan. Adakah subkontraktor diwajibkan untuk membuat permohonan setelah kontraktor utama diberi kelulusan?

Ya, sub-kontraktor diwajibkan untuk membuat permohonan setelah kontraktor utama diberi kelulusan. Syarikat sub-kontraktor perlu mengemukakan permohonan secara berasingan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

42. Adakah projek komersial dan residensi dibenarkan untuk beroperasi?

Sila rujuk kepada Lampiran 1 untuk senarai sektor yang dibenarkan untuk beroperasi.

43. Bolehkah projek diteruskan sekiranya pekerja menghuni di kawasan bersebelahan dengan tapak projek?

Syarikat perlu mengemukakan permohonan secara berasingan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

44. Apakah yang dimaksudkan sebagai “perkhidmatan berkaitan pembinaan”? Adakah industri sokongan termasuk dalam definisi tersebut? Bagaimana dengan kuari, loji asfalt (premix) dan lori pengangkutan?

“Perkhidmatan berkaitan pembinaan” bermaksud perkhidmatan yang diperlukan dalam rantaian bekalan untuk sesuatu projek pembinaan. Syarikat perlu mengemukakan permohonan secara berasingan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.


PRODUK GETAH & SARUNG TANGAN GETAH

45. Bagaimana syarikat pengeluar sarung tangan getah boleh beroperasi sepenuhnya sekiranya syarikat pembekal hanya diluluskan untuk beroperasi dengan kapasiti tenaga kerja 50% sahaja?

Sekiranya syarikat pembekal berhasrat untuk menambah kapasiti tenaga kerja melebihi 50%, syarikat perlu mengemukakan permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

46. Syarikat saya memerlukan bahan mentah dan alat ganti daripada syarikat pembekal. Bagaimana cara syarikat saya mendapatkan bahan tersebut sekiranya syarikat pembekal tidak dibenarkan beroperasi?

Syarikat pembekal boleh mengemukakan permohonan/ rayuan permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

47. Sekiranya syarikat saya membekal bahan mentah/ komponen secara tidak langsung kepada syarikat yang dikategorikan dalam Lampiran 1 (hos hidraulik untuk kilang mesin dan peralatan), adakah syarikat saya dibenarkan membuat permohonan?

Syarikat pembekal boleh mengemukakan permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

48. Syarikat saya membekal bahan mentah/ perkhidmatan untuk komponen (pembekalan bahan kimia dan perkhidmatan compounding untuk produksi tayar/ tayar retread). Adakah syarikat saya dibenarkan membuat
permohonan?


Syarikat pembekal boleh mengemukakan permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

MINYAK & GAS

49. Mohon pengesahan sekiranya “perkhidmatan minyak dan gas” termasuk semua perkhidmatan dalam sektor minyak dan gas. Adakah semua syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas akan diberikan kelulusan blanket?

“Perkhidmatan minyak dan gas” merangkumi perkhidmatan berkaitan dengan sektor minyak dan gas. Sektor minyak dan gas adalah disenaraikan sebagai sektor kritikal dan dibenarkan beroperasi. Walau bagaimanapun, tiada kelulusan blanket untuk syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas. Syarikat perlu mengemukakan permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

KIMIA & PETROKIMIA

50. Adakah pemegang taruh dalam rantaian nilai industri pembinaan seperti syarikat cat dan pembekal bahan mentah (emulsi / resin, pelarut, aditif, pigmen dan pengisi) dibenarkan beroperasi?

Syarikat dalam rantaian nilai industri pembinaan perlu mengemukakan permohonan secara berasingan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

51. Memandangkan cat digunakan dalam pelbagai produk dan industri seperti badan dan bahagian automotif, gendang untuk minyak dan gas, silinder gas, kerja penyelenggaraan dan pembinaan, adakah MITI akan mempertimbangkan permohonan daripada syarikat pengeluar cat?

Syarikat pengeluar cat boleh mengemukakan permohonan secara berasingan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.


MESIN & PERALATAN

52. Bolehkah pembekal peralatan/ alat ganti dan syarikat membaik pulih dan penyelenggaran (bagi sektor yang tidak dikategorikan dalam Lampiran 1 dan Lampiran 2) dibenarkan untuk beroperasi?

Syarikat dalam sektor mesin dan peralatan boleh mengemukakan permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

53. Memandangkan syarikat dalam sektor mesin dan peralatan dibenarkan beroperasi, adakah syarikat tersebut dibenarkan membekal perkhidmatan penyelenggaraan kepada syarikat yang tidak dibenarkan untuk beroperasi?

Tidak.

54. Bolehkan syarikat saya membuat permohonan baharu untuk beroperasi sekiranya telah diluluskan untuk meletakkan peralatan pengilangan dalam keadaan siap siaga?

Ya, syarikat tersebut boleh mengemukakan permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

55. Adakah kelulusan MITI diperlukan oleh forwarder untuk membawa produk bukan kritikal (bahan kimia) ke pelabuhan bagi tujuan eksport dan pelanggan domestik?

Ya. Forwarder perlu mengemukakan permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.


GAS INDUSTRI

56. Syarikat saya akan melaksanakan kerja pembinaan kilang baru untuk membekal gas industri kepada kilang elektrikal & elektronik dalam pertengahan bulan Mei. Adakah syarikat saya dibenarkan membuat permohonan untuk beroperasi di bawah sektor projek pembinaan?

Permohonan syarikat berkaitan dengan projek pembinaan akan dinilai berdasarkan kelas kontraktor dan senarai kritieria yang dinyatakan dalam Lampiran 1. Syarikat perlu mengemukakan permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

57. Syarikat gas industri mempunyai pusat pengagihan untuk membekalkan gas industri kepada syarikat pengeluar produk kritikal. Tanpa Lesen Pengilang, adakah pusat pengagihan tersebut dibenarkan membuat permohonan untuk beroperasi?

Ya. Pusat pengagihan boleh mengemukakan permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

58. Perlukah syarikat logistik third party membuat permohonan untuk menghantar gas industri ke syarikat pengeluar produk kritikal?

Ya. Syarikat logistik third party perlu mengemukakan permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.

59. Bagaimanakah syarikat membuat permohonan untuk meneruskan aktiviti pembinaan yang telah tertangguh (work-in-progress sebelum PKP)?

Sekiranya tapak pengilangan tidak dibenarkan operasi kerana dikategorikan sebagai bukan kritikal, bolehkah syarikat memohon untuk meneruskan aktiviti pembinaan/ penyelenggaran yang kritikal untuk
operasi masa hadapan/ atas faktor keselamatan?

Permohonan berkaitan dengan projek pembinaan akan dinilai berdasarkan kelas kontraktor dan senarai kritieria yang dinyatakan dalam Lampiran 1. Syarikat perlu mengemukakan permohonan melalui CIMS 2.0 di laman sesawang https://application.miti.gov.my. Sila rujuk kepada soalan bil. 3 untuk maklumat permohonan.



AUTOMOTIF

60. Adakah “perkhidmatan selepas jualan” terhad kepada perkhidmatan kepada pelanggan domestik?

Ya, terhad kepada dalam negara sahaja.

61. Adakah “perkhidmatan selepas jualan” termasuk pusat alat ganti dan bengkel penyelenggaran yang dijalankan oleh pengusaha individu atau syarikat pengeluar dan pengedar?

Ya, “perkhidmatan selepas jualan” merujuk kepada operasi penyelenggaran dan perkhidmatan bagi kenderaan dalam negara sahaja.

62. Sekiranya bengkel saya beroperasi, adakah pusat alat ganti dan pusat pengedar dibenarkan untuk menjual alat ganti untuk menyokong perkhidmatan selepas jualan?

Ya, pusat alat ganti dan pusat pengedar dibenarkan untuk menjual alat ganti sejurus selepas mendapat kelulusan daripada MITI. Walau bagaimanapun, jualan yang di luar skop perkhidmatan selepas jualan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

63. Syarikat saya merupakan pengeluar komponen automotif tempatan yang dibenarkan untuk beroperasi. Adakah saya dibenarkan untuk mengeluar, menjual dan menghantar komponen dan alat ganti kepada kedai alat ganti tempatan yang membekalkan alat ganti kepada bengkel kenderaan bagi tujuan membaik pulih dan menyelenggara?

Ya, ini adalah termasuk dengan pusat servis di bawah OEM, pusat pengedar yang diiktiraf, serta pengusaha bengkel individu, yang telah diluluskan oleh MITI.

64. Bolehkah syarikat saya mengeksport kenderaan yang telah dipasang siap sebelum PKP?

Ya, boleh.

65. Adakah kilang pemasangan dibenarkan beroperasi untuk memasang kenderaan, khususnya unit separa siap untuk tujuan eksport?

Ya.

66. Adakah “perkhidmatan selepas jualan” termasuk kerja membaik pulih dan mengecat?

Ya.

67. Adakah pusat pengagihan alat ganti dibenarkan beroperasi?

Ya.

68. Adakah pengedar dibenarkan untuk mengedar kereta yang telah berdaftar tetapi ditangguhkan pengedaran disebabkan PKP?

Ya, tertakluk kepada kelulusan MITI.


TAYAR

69. Adakah pembuatan tayar dibenarkan hanya untuk pengeksportan?

Ya.

70. Adakah “perkhidmatan selepas jualan” termasuk kedai / bengkel tayar yang membaik pulih dan penyelenggaran tayar?

Ya.

71. Adakah pengendali perkhidmatan selepas jualan dibenarkan untuk membuat pesanan dan penghantaran alat ganti dan komponen automotif?

Ya.

72. Adakah syarikat pengeluar tayar dibenarkan untuk menghantar produk kepada pengendali perkhidmatan selepas jualan?

Ya.

73. Adakah syarikat pengeluar tayar dibenarkan untuk membekal kepada syarikat pengeluar kenderaan?

Ya, tetapi terhad kepada kenderaan untuk dieksport.



SENARAI SEKTOR-SEKTOR TAMBAHAN YANG DIBENARKAN BEROPERASI
SEPERTI BIASA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
DIPERKETATKAN (PKP)

 Industri automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaran)

 Industri Mesin dan peralatan

 Industri Aeroangkasa

 Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkataian pembinaan:

(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama

(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas

(iii) Kerja-kerja terowong

(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan

(v) Kerja-kerja cerun

(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak

(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak

(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya

(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas

(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja

(xi) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja

(xii) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk artitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan

 Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti-aktiviti R&D berkaitan COVID19; makmal-makmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja)

 Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Tradional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

 Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik

 Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)