Ini senarai tiga lokasi PKPD yang ditamatkan

Rahimah Abdullah
November 23, 2020 10:43 MYT
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: HARI INI, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi.
Ia melibatkan satu lokasi di Sabah dan dua lokasi di Selangor.
Ini senarai lokasi PKPD ditamatkan:
1. Taman Mesra, Sandakan
• PKPD di Taman Mesra, Sandakan, Sabah pada 24 November 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan.
• Sehingga kini, KKM telah melaksanakan sebanyak 1,171 ujian saringan dan sebanyak 174 kes kumulatif positif COVID-19 telah direkodkan.
• Walaubagaimanapun, KKM mengesahkan hanya 43 kes aktif dicatatkan di lokaliti ini dalam tempoh 14 hari iaitu antara 8 November 2020 sehingga 21 November 2020.
2. Plaza Hentian Kajang
• Sidang khas hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di Plaza Hentian Kajang pada 24 November 2020 sebagaimana yang telah dijadualkan.
• Sehingga 22 November 2020, KKM telah melaksanakan
sebanyak 5,752 ujian saringan dan sebanyak 462 kes
kumulatif positif COVID-19 telah direkodkan.
Sehingga kini kesemua sampel saringan telahpun diperolehi dan tiada sampel yang masih menunggu keputusan.
3. Medan 88, Salak Tinggi, Sepang
• PKPD di Medan 88, Salak Tinggi, Sepang, Selangor ditamatkan pada 25 November 2020 seperti yang dijadualkan.
• KKM telah melaksanakan sebanyak 619 ujian saringan dan 56 kes positif COVID-19 telah direkodkan di lokaliti ini.
• Berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM mendapati situasi COVID-19 di lokaliti menunjukkan trend penurunan dan terkawal.
#lokasi #PKPD #tamat #ismail sabri yaakob #Menteri Kanan #pertahanan #COVID-19