PELBAGAI persoalan dibangkitkan berhubung sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa 18 Mac hingga 28 April ini.

Berikut adalah panduan berdasarkan pertanyaan popular yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI



BAHAGIAN 1: SOALAN UMUM MENGENAI PERMOHONAN

1. Syarikat saya telah mendapat kelulusan MITI sewaktu PKP 1 & 2. Adakah permohonan pertambahan kapasiti tenaga kerja syarikat saya akan akan diproses?

Sekiranya ya, adakah syarikat saya masih dibenarkan beroperasi dengan surat kelulusan yang terdahulu?


Permohonan anda tetap akan diproses. Keputusan permohonan bergantung kepada justifikasi yang diberikan syarikat serta syarat-syarat Kerajaan semasa.

Sementara menunggu keputusan MITI, syarikat hanya dibenarkan beroperasi dengan kapasiti tenaga kerja seperti mana yang telah diluluskan MITI di dalam permohonan terdahulu.


2. Untuk mula mendaftar, kotak ‘nama penuh’ merujuk kepada nama syarikat atau nama pemohon?

Bagi laman pendaftaran, sila isikan nama pegawai yang membuat
permohonan.


3. Bagaimana jika syarikat saya tiada lesen pengilang?

Sila isi ‘N/A’ di kotak no. lesen pengilang MIDA.


4. Bagaimana jika syarikat saya tiada nombor pendaftaran syarikat?

Jika anda tiada nombor pendaftaran (SSM atau dari agensi tempatan), sila tandakan kotak ‘Saya adalah pemilik perniagaan dan belum berdaftar dengan mana-mana pihak berkenaan’.


5. Adakah saya perlu mengisi butiran pekerja untuk kesemua pekerja saya di dalam format yang disediakan?

Ya. Maklumat tersebut perlu diisi dengan lengkap seperti format templat di sistem CIMS 2.0 sahaja.


6. Apakah nombor lesen keutamaan dan nombor lesen pihak berkuasa tempatan?

A. Nombor Lesen Badan Pengawal Selia
Ini adalah khas untuk syarikat yang dikawal selia oleh agensi atau badan profesional, seperti syarikat kejuruteraan (dikawal oleh BEM) atau pembinaan (dikawal oleh CIDB). Sekiranya syarikat anda tidak berkenaan, sila kosongkan ruangan ini.

B. Nombor Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Ini merujuk kepada badan berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya, Dewan Bandaraya, dan lain-lain.


7. Jika saya ingin membuat sebarang pembetulan pada permohonan yang telah dibuat, adakah saya perlu memohon semula?

Sekiranya anda ingin menghantar semula atau membetulkan permohonan, ikuti langkah berikut:

I. Anda perlu hantarkan permohonan ke [email protected]. Sila sertakan sebab bagi penghantaran semula permohonan.

II. Pentadbir sistem akan memproses permintaan anda dan anda boleh menghantar semula permohonan anda dengan maklumat permohonan yang baharu.

III. Lakukan pembetulan yang diperlukan dan hantar semula permohonan anda.

Permintaan ini hanya dapat dilakukan sekali sahaja. Pastikan semua maklumat anda betul dan tepat sebelum menghantar permohonan.


8. Saya tidak menjumpai senarai sektor saya di CIMS 2.0, bagaimana saya boleh membuat permohonan?

Jika sektor anda tidak dijumpai, anda boleh cuba memilih kluster yang yang berkaitan dengan aktiviti syarikat anda.

Sekiranya sektor anda masih tidak dijumpai, ini bermaksud sektor anda tidak tersenarai di dalam sektor-sektor
tambahan yang dibenarkan beroperasi semasa PKP Tahap 3.


9. Saya tidak lagi melihat bahagian “senarai Pelanggan dan Pembekal.” Adakah saya perlu mengisi semula bahagian “senarai Pelanggan dan Pembekal”?

Bahagian "Senarai Pelanggan dan Pembekal" tidak lagi diperlukan dalam sistem permohonan. Oleh itu, anda tidak perlu untuk menghantar maklumat berkenaan.


10. Mengapa saya mempunyai masalah dalam memuat naik senarai pekerja pada halaman permohonan?

Ini mungkin disebabkan fail yang dimuat naik tidak sesuai dengan templat. Jika anda telah menghantar/ memuat naik Senarai Pekerja yang tidak mempunyai lajur NRIC/ Passport, ikut langkah berikut:

I. Anda perlu menghantar senarai pekerja ke [email protected]. Sila sertakan sebab bagi penghantaran senarai pekerja baru.

II. Pentadbir sistem akan memproses permintaan anda dan anda boleh menghantar semula permohonan anda dengan maklumat permohonan yang baharu.

III. Lakukan pembetulan yang diperlukan dan hantar semula permohonan anda. Permintaan ini hanya dapat dilakukan sekali sahaja. Pastikan semua maklumat anda betul dan tepat sebelum menghantar permohonan.


11. Adakah saya perlu berada di platform VPN untuk membuat permohonan?

Tidak. Platform VPN tidak diperlukan.


12. Bagaimanakah saya ingin ketahui bahawa permohonan saya telah diterima oleh pihak tuan/puan?

Jika status permohonan dipaparkan sebagai BAHARU, ini bermakna permohonan telah dihantar dan akan diproses dalam masa sehingga 5 hari bekerja.


13. Mengapa kod QR saya tidak dapat diakses?

Kod QR dilindungi kata laluan dan hanya pihak berkuasa boleh mengakses maklumat ini.


14. Sekiranya saya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan / Kementerian Pertanian dan Industri Makanan / Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna/ Kementerian Industri Utama / Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan / Pihak Berkuasa
Tempatan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, perlukah saya mengemukakan semula permohonan?


Semua sektor yang disenaraikan di bawah Warta Kerajaan dan sudah menerima kebenaran Kementerian-Kementerian terlibat adalah dibenarkan untuk beroperasi.

Namun, syarikat yang sudah mendapat kebenaran terdahulu adalah digalakkan untuk memohon sekiranya ingin mendapat surat kelulusan MITI yang mempunyai kod QR.


BAHAGIAN 2: OPERASI PERNIAGAAN

15. Syarikat saya sudah mendapat kelulusan beroperasi. Perlukah pekerja saya membuat saringan kesihatan sebelum dibenarkan datang ke tempat kerja?

Syarikat dengan senarai pekerja yang berdaftar dan sudah diluluskan perlu membuat saringan Covid-19 di panel klinik kesihatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang terdapat di seluruh Semenanjung Malaysia.

Garis panduan daripada PERKESO sedang diperincikan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.


16. Perlukah syarikat menanggung kos saringan untuk semua pekerja?

Tidak. PERKESO akan membiayai kos saringan COVID-19.


17. Syarikat saya beroperasi dengan kelulusan MITI, perlukah syarikat saya berhenti meneruskan operasi sehingga semua pekerja menjalani saringan COVID-19?

Tidak. Namun begitu, syarikat perlu memastikan saringan Covid-19 dijalankan dengan panduan dan syarat-syarat yang akan dimaklumkan PERKESO.


18. Adakah MITI mempunyai saluran untuk pekerja membuat aduan terhadap majikan atas pelanggaran SOP?

Ya. Aduan boleh disalurkan melalui e-mel kepada [email protected] dengan tajuk “ADUAN”.


19. Adakah syarikat pembersihan third-party pembersihan tersebut dibenarkan beroperasi dengan surat kelulusan syarikat saya?

Tidak.