Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan proses penghantaran pulang pelajar untuk Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pulang ke kampung secara berperingkat, bermula Isnin ini.
Berikut merupakan soalan lazim berhubung proses berkenaan.
A. PROSEDUR BALIK / PERGERAKAN PELAJAR IPT
1. Adakah pelajar yang masih berada di kampus boleh dibenarkan pulang ke rumah masing-masing?
a. Pelajar yang masih berada di kampus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang terletak di ZON HIJAU mulai 27 April 2020. Pergerakan pelajar akan dilakukan secara berperingkat mengikut jadual yang
akan diatur oleh IPT masing-masing.
b. Bagi pelajar yang rumah masing-masing berada di ZON KUNING ATAU ZON MERAH, mereka TIDAK DIBENARKAN PULANG.
2. Adakah pelajar antarabangsa IPT di Malaysia perlu pulang ke negara asal mereka?
KPT tidak mewajibkan pelajar antarabangsa untuk pulang ke negara asal. Walau bagaimanapun KPT tiada halangan sekiranya pelajar tersebut ingin pulang ke negara asal.
3. Adakah pelajar yang memiliki kenderaan sendiri dibenarkan untuk pulang sendiri ke kampung halaman masing-masing?
a. Pelajar yang memiliki kenderaan sendiri dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan TIDAK MERENTAS NEGERI dan mereka hanya memandu SEORANG sahaja.
b. Sebelum memulakan perjalanan, mereka perlu mendapat surat kebenaran pergerakan dari pihak IPT.
c. Bagi pelajar yang ingin pulang ke rumah merentasi negeri, mereka TIDAK DIBENARKAN memandu kenderaan sendiri tetapi mesti menaiki pengangkutan yang disediakan oleh IPT.
4. Keluarga saya ingin mengambil saya di kampus untuk pulang ke rumah. Adakah prosedur ini dibenarkan?
Tidak. Keluarga pelajar tidak dibenarkan mengambil pelajar di kampus.
5. Adakah pihak Universiti akan sediakan pengangkutan untuk pulang ke kampung masing-masing?
Pihak universiti akan menyediakan pengangkutan untuk pelajar pulang ke kampung masing-masing.
6. Apakah perkara utama yang perlu dilakukan oleh pelajar sebelum pergerakan pulang?
Semua pelajar diminta menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing dan mengisi maklumat lengkap yang diperlukan dalam borang permohonan untuk pulang termasuk destinasi dituju dan status kesihatan.
7. Adakah pelajar yang menyewa di luar kampus (Non Resident) dibenarkan untuk menumpang bas Universiti yang pulang ke kampung? Jika Ya, bagaimana pergerakan dari rumah sewa ke universiti dipantau?
a. Para pelajar yang menyewa di zon hijau sahaja dibenarkan pulang ke kampung halaman di zon hijau. Mereka dikehendaki menjalani saringan gejala (suhu badan dan gejala seperti demam, batuk, selesema) sebelum dibenarkan menaiki bas ke kampung seperti mana yang ditetapkan oleh
pihak KPT.
b. Pergerakan pelajar ke pusat pelepasan akan diuruskan sepenuhnya oleh institusi masing-masing.
c. Para pelajar yang menyewa di zon merah dan kuning tidak dibenarkan pulang.
8. Bagaimana pula dengan pelajar Latihan Industri (LI) yang telah diarahkan untuk bekerja dari rumah sehingga tamat latihan? Untuk elakkan bebanan sewa rumah yang perlu dibayar, bolehkah pelajar pulang ke kampung halaman yang memerlukan untuk merentas negeri?
Pelajar LI perlu menghubungi dan berurusan dengan IPT masing-masing, tertakluk kepada garis panduan yang telah disediakan oleh KPT.
9. Bagaimana pula dengan pelajar yang kampung halamannya masih diklasifikasikan sebagai kawasan zon kuning dan merah?
Pelajar tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman yang berada dalam zon kuning dan merah.
Walau bagaimanapun, pelajar boleh pulang ke rumah saudara terdekat yang berada dalam zon hijau. Pelajar perlu terlebih dahulu mendapatkan surat persetujuan daripada saudara yang berkenaan dan merujuk kepada IPT masing-masing.
10. Saya tidak mahu tinggal di kampus dan tidak mahu pulang ke kampung halaman. Saya memilih untuk tinggal bersama saudara / kawan di rumahnya. Adakah prosedur ini dibenarkan?
Pelajar yang ingin tinggal bersama saudara/kawan perlu mendapatkan surat kebenaran daripada keluarga saudara/kawan tersebut. Surat tersebut mesti dikemukakan kepada pihak IPT. Rumah yang dituju mestilah berada di zon hijau.
11. Bagaimana dengan pelajar yang tinggal di rumah sewa? Adakah KPT akan menguruskan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman?
Pelajar perlu berhubung dengan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing dan segera memberikan maklumat lengkap pelajar serta borang pengisytiharan kesihatan supaya setiap IPT boleh menguruskan perjalanan pulang ke kampung halaman.
12. Bagaimana prosedur kerajaan membawa pulang pelajar balik ke kampung halaman masing-masing di Semenanjung?
• Pergerakan bas pada waktu malam;
• Destinasi ke zon hijau sahaja;
• Pengangkutan diuruskan oleh IPT;
• Bas akan terus ke IPD/ Pejabat Daerah di kampung masing-masing;
• Seorang pegawai perhubungan (Liaison Officer) ditugaskan mengiringi pelajar
di dalam bas; dan
• Dua kerusi untuk seorang pelajar di dalam bas bagi menjaga penjarakan sosial
(social distancing) – Bas berkapasiti penuh (40 orang) dimuatkan separuh (20
orang sahaja).
13. Adakah pihak universiti akan melakukan saringan gejala sebelum membenarkan pelajar balik?
Pihak universiti akan melakukan saringan gejala (suhu badan sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas) sebelum membenarkan pelajar pulang.
14. Bagaimana dengan pelajar yang gagal proses saringan gejala?
Pelajar yang gagal proses saringan gejala TIDAK DIBENARKAN pulang dan akan dihantar ke Pusat Kesihatan Pelajar IPT dan akan dirujuk kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.
15. Adakah pihak IPT akan sediakan pengangkutan bagi pergerakan pelajar antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak?
a. Pelajar dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak akan menggunakan lapangan terbang KLIA, Pulau Pinang dan Johor Bahru (tertakluk kepada bilangan pelajar ke destinasi tersebut).
b. Pelajar dari Sarawak ke Semenanjung akan berlepas menggunakan lapangan terbang Kuching ke KLIA.
c. Pelajar dari Semenanjung ke Sarawak akan mendarat di empat (4) lapangan terbang iaitu Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.
d. Pelajar dari Sabah ke Semenanjung akan menggunakan lapangan terbang Kota Kinabalu ke KLIA.
e. Pelajar dari Semenanjung ke Sabah akan mendarat di tiga (3) lapangan terbang iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
f. Pelajar yang sampai di destinasi lapangan terbang akan dihantar ke rumah masing-masing dengan pengangkutan yang disediakan oleh agensi Kerajaan.
16. Adakah pihak IPT akan sediakan pengangkutan dari lapangan terbang yang dikenal pasti di Sabah dan Sarawak untuk pelajar meneruskan perjalanan ke kampung mereka?
Kerajaan menyediakan pengangkutan dari lapangan terbang yang dikenal pasti ke kampung halaman masing-masing.
17. Adakah pelajar yang telah tiba di pick-up point di negeri asal masing-masing perlu melalui tempoh kuarantin?
Tidak. Mereka bagaimanapun diingatkan supaya sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dengan ahli keluarga masing-masing sepanjang tempoh berada di kampung halaman.
18. Adakah pelajar yang pulang ke Sabah dan Sarawak perlu di kuarantin?
Keperluan untuk kuarantin apabila tiba di Sabah/Sarawak adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa negeri masing-masing.
19. Bagaimana dengan urusan penghantaran pelajar ke rumah masing-masing dari pick-up point di setiap negeri?
a. Penghantaran pelajar akan dibuat oleh anggota agensi Kerajaan yang ditugaskan untuk menghantar mereka ke rumah masing-masing.
b. Pihak RELA akan membantu menyusun pergerakan kenderaan di lokasi IPD / Pejabat Daerah.
c. Bagi pelajar yang rumah mereka berada dalam lingkungan 5 km dari IPD, ibu atau bapa atau seorang ahli keluarga sahaja diberi kelonggaran untuk menjemput anak masing-masing.
20. Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh pelajar setelah tiba di kampung halaman?
Pelajar dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah keselamatan seperti berikut:
a. Mematuhi semua arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
b. Mengamalkan penjarakan sosial.
c. Mengikut nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM).
B. HAL EHWAL KEBAJIKAN PELAJAR
21. Bagaimana KPT memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar terjaga?
a. Saringan gejala akan dijalankan sebelum pergerakan pelajar yang menaiki bas dan kapal terbang.
b. Pelajar akan dibekalkan dengan hand sanitizer dan facemask sebelum bergerak.
c. Ketika dalam bas, pelajar hendaklah mengamalkan penjarakan sosial sepanjang masa.
d. Kesihatan pemandu bas juga akan disaring dan bas akan dinyahkuman (disinfect) terlebih dahulu.
e. Semasa pergerakan, bas akan berhenti dalam perjalanan hanya untuk tujuan kecemasan sahaja.
22. Adakah makanan akan disediakan kepada pelajar sepanjang proses pergerakan pelajar pulang ke rumah?
a. Ya, makan malam / juadah berbuka puasa disediakan sebelum pergerakan pelajar.
b. Pihak IPT juga akan menyediakan juadah sahur.
23. Kerajaan memberi kebenaran untuk pulang ke kampung halaman. Tetapi saya memilih untuk tinggal di kampus. Adakah IPT akan memberikan kemudahan makanan dan pengecualian yuran kediaman seperti biasa?
a. KPT akan memastikan makan dan minum pelajar yang memilih untuk terus berada di kampus disediakan.
b. Urusan pembayaran yuran adalah tertakluk kepada IPT masing-masing.
C. HAL EHWAL AKADEMIK / PENGAJIAN PELAJAR
24. Adakah KPT bercadang untuk menamatkan sesi semester semasa?
Tidak. Pengajian masih berjalan secara online.
25. Saya mempunyai capaian internet yang lemah di kampung halaman. Bagaimana saya dapat mengikuti pembelajaran dalam talian?
Bagi pelajar yang mempunyai kekangan dari segi kemudahan internet, sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing.
26. Adakah pelajar perlu membuat bayaran yuran kolej seperti biasa?
Urusan pembayaran yuran kolej adalah bergantung kepada pihak IPT masing masing.
Firdaus Azil
Sun Apr 26 2020
Pelajar yang masih berada di kampus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang terletak di ZON HIJAU mulai 27 April 2020. - Gambar fail
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Palestin perlukan 14 tahun untuk dibangunkan semula
Jumlah besar runtuhan akibat serangan dilakukan tentera Israel di Semenanjung Gaza mengambil tempoh sekurang-kurangnya 14 tahun untuk dibersihkan.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi seluruh dunia pulang selepas misi ditangguh
Delegasi seluruh dunia dan Malaysia dijangka bergerak pulang ke negara masing-masing dalam waktu terdekat.
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
Ia selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengumumkan penangguhan terbaharu misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Sabtu.
Rakan setugas Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff ada perinciannya.
#AWANI745
Anak Dungun tempa kejayaan sehingga ke PBB
Salmaan Hussain merupakan satu-satunya pakar dari Malaysia dalam bidang kesan enapan racun makhluk perosak ke atas makanan, yang bertugas untuk PBB sejak tahun 2012.
Ini SOP sektor perhotelan dan kebudayaan oleh MOTAC
Berikut adalah senarai aktiviti dan protokol berhubung aktiviti berhadapan dengan pelanggan dan pihak yang terlibat dalam proses pengoperasian seharian.
Ini soalan lazim mengenai pergerakan pulang pelajar yang disediakan oleh KPT
Ini soalan lazim mengenai pergerakan pulang pelajar di peringkat IPT awam dan swasta, termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah KPT.
Ini soalan lazim berhubung sektor tambahan dibenar beroperasi sepanjang PKP
Berikut adalah panduan berdasarkan pertanyaan popular, yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Perintah Kawalan Pergerakan: 6 soalan lazim yang ditanya pada MPIC
Berikut soalan-soalan lazim yang ditujukan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.