Ini tiga peristiwa yang membawa kepada pengisytiharan Rukun Negara

Astro Awani
Julai 9, 2020 00:02 MYT
Sempena ulang tahun Rukun Negara yang ke-50, kami membawakan semula tiga peristiwa penting yang membawa kepada kelahiran Rukun Negara. - Gambar hiasan
TAHUN ini genap ulang tahun ke-50 pengisytiharan Rukun Negara oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IV Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
Walaupun sudah 50 tahun, usaha bagi memastikan penghayatan rakyat terhadap Rukun Negara sentiasa berada pada tahap yang tinggi terus dilakukan.
Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah mendedahkan, sudah ada perbincangan untuk mewujudkan pasukan petugas khas Rukun Negara yang akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.
BACA: Sambutan tiga bulan Jubli Emas Rukun Negara dilancarkan
Sempena ulang tahun Rukun Negara yang ke-50, kami membawakan semula tiga peristiwa penting yang membawa kepada kelahiran Rukun Negara.
1. Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei berlaku beberapa hari selepas pilihan raya ketiga yang menyaksikan Parti Perikatan gagal mempertahankan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat.
Pertelingkahan antara kaum dipercayai tercetus akibat penghinaan antara itu mengorbakan lebih 196 nyawa sementara 149 lagi cedera.
2. Penubuhan MAGERAN
Peristiwa 13 Mei menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat selama 22 bulan. Serentak itu Parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara.
Majlis itu diketuai Tun Abdul Razak selaku pengarah operasi.
3. Penubuhan Majlis Perundingan Negara
Majlis Perundingan Negara ditubuhkan melalui MAGERAN yang bertangungjawab dalam merangka merangka perpaduan negara dan salah satu hasilnya adalah lahirnya satu ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara dan pendekatan baru bagi mewujudkan sebuah negara yang stabil.
#cedera #Dewan Rakyat #GERAKAN #kabinet #kerajaan #menteri #operasi #Parlimen #perpaduan #pilihan raya #rakyat #Saifuddin Abdullah #Yang di-Pertuan Agong