'Inilah apa yang ahli keluarga lakukan' - 4 respon Nazir mengenai perpindahan dana AS$7 juta

Luqman Hariz
April 18, 2016 11:09 MYT
Nazir berkata melihat kepada kebangkitan pelbagai kontroversi mengenai 1MDB dan isu dana politik sejak 2014, beliau menyesali tindakan ini. - Foto Astro AWANI
30 Mac lalu, akhbar Wall Street Journal melaporkan Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak membantu menyalurkan dana sebanyak AS$7 juta berdasarkan permintaan abang beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Penyaluran dana ini dilakukan kepada beberapa pemimpin Barisan Nasional sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013.
Hari ini Datuk Seri Nazir buat pertama kali menjawab soalan daripada media tempatan berkenaan isu tersebut.
Astro AWANI mengupas 4 respon utama beliau mengenai isu ini.
1. 'Saya sesal bantu lakukan saluran dana ini, namun tiada pelanggaran undang-undang.'
2. 'Sehingga hari ini, saya tidak tahu dari mana datangnya dana ini.'
3. 'Ini satu-satunya kali bantuan sebegini diminta dari saya.'
4. 'Inilah apa yang ahli keluarga lakukan.'
#Barisan Nasional #dana AS$7 juta #Datuk Seri Najib Tun Razak #Datuk Seri Nazir Tun Razak #pengerusi CIMB #Perdana Menteri #Pilihan Raya Umum ke-13 #PRU-13